BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Thursday, June 6, 2013

Siapa kita kini?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Alhamdulillah kerna diriku ini masih diberi nikmat sihat oleh Allah,
maka dengan izinNya, aku dpt menulis lagi dilaman blog yg dirindui ini..



baiklah,, cube lihat gambar diatas,
mungkin kadang2 sukar difahami akan apelah kaitan gambar2 yg aku letak ni dengan perkara yang ingin aku sampaikan.. Hmmm, sebenarnya, setiap gambar yg aku letak itu mempunyai makna yg tersendiri., begitu juga dengn gmbar yg aku letak kali ini..

apapun ini semua menurut sudut pndngan dan pemerhatian aku..
in shaa Allah, moga2 bermanfaat buat kalian semua..

seekor anak ayam berjaya keluar dari cengkerang telur itu berbanding anak2 ayam yg lain yang masih berada didalam cengkerang telur itu.. menanti masa untuk keluar.. tapi, bukan itu yang ingin aku huraikan atau pertikaian, kerna, aku tahu itu smua urusan Allah dan Dia lebih Maha Mngetahui apa yang seharusnya berlaku .. cuma dari sudut pandang sisiku,, telur-telur yg banyak ini umpama kita semua iaitu orang islam, umat nabi muhammad s.a.w.. semuanya sudah berada didalam telur itu dan menanti masa untuk keluar.. keluar untuk menjadi pejuang Allah yang sebenar-benarnya.. ini bermakna, bagi yang belum keluar dari cengkerang telur itu, mereka masih belum nyata menjadi pejuang yang sebenar, masih tergapai-gapai dan dirinya hanya diperisai oleh kulit cengkerang telur itu sahaja,, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis, tapi cukup boleh pecah jika terkena hentakan yang kuat, dan terus mengeluarkan anak ayam yang masih belum sempurna sifatnya yang mengakibatkannya terus mati... hmm,, begitulah analoginya keadaan kita kini, masih jauh untuk keluar dari cengkerang telur itu,, masih terkapai-kapai dengan godaan dunia, iman didada yang ada cukup-cukup untuk diri , tidak mampu untuk disebarluaskan kepada masyarakat..



ibu ayam pula akan sentiasa mengeram telurnya bagi memastikan telurnya berada dalam keadaan suasana atau suhu yang stabil dan janin ayam itu dapat berkembang dengan baik.. begitu juga dgn keadaan kita, saban hari bertungkus lumus mencari usaha dan berusaha untuk memantapkan diri dan orang lain dengan ilmu agama. Tidak dinafikan majlis2 ilmu bagai cendawan tumbuh pada masa kini, , dan anak muda serta pelbagai golongan hadir semata2 untuk memenuhi keperluan fardhu ain serta mencari redha Allah. dan nyata sekali, keadaan ini amat menggembirakan dan sepastinya Allah amat mnyukainya.. Namun, kehidupan anak ayam bukn hanya didalam cengkerang semata2,, ibu ayam mesti memastikan anaknya dapat menentas dari cengkerang telur itu dan dapat menjadi seekor anak ayam yang betul..Maka, itulah yang bermain difikiranku,, kini , ramai orang kurang menyedari akan kepentingan siasah atau politik atau kenegaraan dan sebagainya..
seolah2 takut dan tidak mahu mengambil tahu akan kebenarannya,,

Hmm,, aku tidak mahu mngulas lebih lanjut tntg perkara itu disini, apa yg ingin aku katakan, siapakh yang akan mnjadi anak ayam yang  keluar itu?? adakah aku? adakah kamu? atau adakah siapa? tapi andaikata, kamu atau aku atau siapa2 mengatakan dirinya adalah anak ayam yg  keluar itu, sila buktikan... kerna apa yg dimaksudkan anak ayam yang berjaya keluar itu adalah pejuang Allah.. jika benar engkau pejuang Allah, maka adakah engkau menepati ciri - ciri pejuang Allah??

adakah cukup dengan hanya petah berkata2?
adakah cukup dngn hnya punya ilmu yg penuh didada?
adakah cukup dgn hnya menangis saban malam?



maka, tentang itu, rujuklah pada mereka yg arif,,
pejuang Allah itu ialah mereka yg siangnya umpama singa yang lapar yg sentiasa berusaha menghancurkan musuh Islam dan malamnya sentiasa menangis kerana takutkan Allah melalui amal ibadatnya, pejuang Allah juga tidak mempunyai masa rehat kecuali rehatnya hanyalah disyurga yang dijanjikan oleh Allah semata2, hidupnya bukan itu menjaga kepentingan diri semata2, tapi untuk menjaga kebajikan manusia lain dan menegakkan agama Allah dimuka bumi ini.. Allah2.. hidupnya benar2 diserahkan kepada Allah..sesngguhnya inilah jual beli yang diredhai oleh Allah,, mereka menggempur pihak mush tanpa rasa gentar bahkan mereka yakin dengan janji2 Allah yg benar..

Allah2,,aku amat berharap agar aku dapat mnejadi pejuang Allah itu, yg berjaya menentas,, jika tidak aku akan terus leka dngn permainan dunia ini dan menjadilah aku dlm golongn yg rugi sedangkn perjalananku masih panjang , bumi ini persinggahan yg sementara cuma..

Akhir kata, aku berharap agar apa yg aku fahami ini dapat difahami oleh sahabat2ku yg membaca,, mngkin secara zahir kita kelihatan sperti org yang paling kuat bekerja utk islam, namun rupa2nya kita masih belum menetas dari telur.. Allah2... ini smua hanya sudut pandangku, boleh diambil iktibar jika mahu dan bole ditinggalkan jika mahu..



~ siapa kita mahu mengatakan sudah layak untuk masuk syurga Allah sedangkan kita masih belum diuji seperti org2 yg terdahulu ~ Wallahualam