BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Thursday, June 25, 2015

Moga Allah Redha

Assalamualaikum...

Ramadhan Kareem dan semoga kita semua dapat mengecap kemanisan iman. Allah3. Amin. 
Sekarang ni, saya berada di fasa terakhir di tempat saya belajar. inshaa Allah, kalau tak de aral melintang, tahun ni saya tamat pengajian dan menunggu untuk menjadi ustazah. inshaa Allah. Semoga Allah permudahkan..



Diwaktu petang yang agak panas dan sedikit berangin ni cukup merangsang jiwa-jiwa yang sedang berpuasa untuk merehatkan seketika jasad mereka. Begitu juga saya, saya sudah menjadi pesertanya semalam dan semalam. Cuma, pada hari ni saya berazam untuk tidak mahu mendaftarkan diri sebagai peserta sebab saya sendiri berasa semacam rugi dan semacam puasa saya ini hanya tidur semata-mata. Allahu. Maka, dijengahkan jua ke tempat bertapa yang dah lama ditinggalkan ini dengan harapan saya tidak mengisi masa petang saya dengan menjadi peserta tidur. heehehehehe...

Sepatutnya mase ni digunakan untuk bace quran kan, tapi mata ni bile mulai je bace waktu-waktu gini, mulailah nak mengecil. Allah2. Lemah sekali pertahanan diri saya. Inshaa Allah , waktu-waktu pembacaannya telah saya tetapkan dan menjadi satu disiplin bagi saya untuk melakukannya pada waktu2 itu.

Mase dalam kelas fiqh baru-baru ni, saya tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz saya sebelum beliau memulakan sesi pembelajaran iaitu tentang orang yang tercela.

Baiklah, tercela juga dapat disama ertikan sebagai terhina, terkeji dan seangkatan dengannya.

Dalam satu peristiwa dimana Nabi Muhammad s.a.w sedang menaiki tangga mimbar. Sewaktu Baginda s.a.w menaiki tangga pertama, Baginda s.a.w mengucapkan 'Amin'. seterusnya pada tangga kedua , Baginda s.a.w mengucapkan 'amin'. Dan hinggalah pada tangga yang terakhir iaitu tangga ketiga Baginda s.a.w mengucapkan 'amin'. 
Perbuatan baginda itu diperhatikan oleh para sahabat dan menyebabkan para sahabat mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam dan terus mengajukan tentang keadaan itu kepada baginda saw. Nampak tak, betapa telitinya dan bersungguhnya para sahabat terhadap perbuatan dan percakapan Rasulullah saw.

Lantas baginda saw menceritakan bahawa sewaktu baginda melangkah pada langkah yang pertama, baginda didatangi oleh malaikat Jibril a.s, dan Jibril a.s mendoakan bahawa 'Celakalah mereka yang sewaktu mempunyai ibubapa tetapi tidak membahagiakan mereka', maka baginda saw mengucapkan 'Amin'. Pada tangga kedua, Jibril as mendoakan bahawa ' Celakalah mereka yang apabila disebut nama Nabi Muhammad saw, tetapi ia tidak menyebut Allahumma salli ala muhammad , wa 'ala aali muhammad. maka baginda saw mengucapkan 'Amin'. Dan pada tangga ketiga, Jibril as mendoakan 'Celakalah mereka yang apabila memasuki Ramadhan tidak diampunkan dosanya oleh Allah',. maka baginda saw mengucapkan 'Amin'.

Berdasarkan doa ini dapat diterangkan lagi iaitu :

1) Celakalah mereka yang sewaktu mempunyai ibubapa tetapi tidak membahagiakan mereka

Disini ditekankan kepada perkataan tidak membahagiakan. Suka saya nyatakan bahwa senyum juga bole membawa bahagia, atau apa-apa sahaja yang boleh membawa ibubapa kita kepada bahagia.Maka, jika ada dikalangan kita yang mmbuat ibubapa kita tidak bahagia, cepat2lah memohon maaf dan bertaubat. Ianya dikira tidak membahagiakan jika kita menolak sesuatu pemberiannya yang mengakibatkan mereka terasa hati. Jujur saya katakan, bahawa Allah sangat meletakkan tingkat ibubapa ditingkat yang tinggi dan selaku anak, kita wajib mendengar , mentaati ibubapa kita. 


2) Celakalah mereka yang apabila disebut nama Nabi Muhammad saw, tetapi ia tidak menyebut Allahumma salli ala muhammad , wa 'ala aali muhammad.

Ustaz saya menerangkan bahawa 'sebut' disini bererti lafaz atau sesuatu yang diucapkan, yang membolehkan ia berbunyi walaupun sekadar kedengaran pada telinga kita sahaja. Maka, apabila disebutkan :
Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam.
Wajib dibalas : Allahumma salli ala muhammad , wa 'ala aali muhammad.

mesti membalas dengan sebutan yang jelas , paling minima sekadar kedengaran di cuping telinga kita sendiri,.


3. Celakalah mereka yang apabila memasuki Ramadhan tidak diampunkan dosanya oleh Allah'

Perkara dosa, kita semua sudah maklum bahawa antara tanda-tanda taubat diterima atau doa diterima ialah kita berusaha untuk menjauhi perbuatan dosa tersebut. Dalam keadaan lain, diri kita mulai berasa tawar untuk melakukan dosa tersebut. Kita juga dianugerahkan untuk mempunyai satu lintasan hati yang akan menentukan samada perbuatan kita itu berdosa atau tidak. Iaitu :

1. Kita tidak mahu diketahui orang
2. Kita merasa salah atau ragu-ragu tentang perbuatan kita


Allahu Allah, sungguh !!! ini bukan suatu perkara yang boleh dilihat dengan mudah. Peliharalah hati. peliharalah iman dengan meminta bantuan dari Allah. Laksanakanlah stiap perintah Allah dan Rasul dengan sebaik2nya. Moga dapat memberatkan mizan kita kelak. 
wallahualam.  

sudah hampir jam 4. sudah tiba masa untuk saya sediakan diri saya untuk aktiviti seterusnya. Bulan Ramadhan, Moga Allah Redha.