BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Wednesday, May 18, 2016

Sya ban

Alhamdulillah kerana diizinkan oleh Allah untuk kembali menconteng dilaman maya ini.
usia yang semakin meningkat bilangan angkanya, suasana persekitaran yang kian berubah warnanya memberikan aku beberapa pengertian akan makna kehidupan.. walaupun tidak kesemuanya bisa kufahami dengan sekali pandang atau rasa,, namun setitis pengalaman itu membuat aku kian mengerti dan sedang mengerti erti sebuah kehidupan..

Berjuta patah perkataan yang pernah kusebut dan kudengar baru kini ku mengerti erti sebenarnya.. benarlah ilmu Allah itu sangat banyak.. satu perkataan sahaja mampu memberi makna yang sangat banyak..


hihi.. jiwang kan..  almaklumlah petang-petang ni, duduk bawah angin sepoi2 bahasa,, teringin la jugak nak berpuitis,, :)

Orait,, memandangkan ni bulan Sya'ban , saya rase macam nak share something yang dah diketahui ramai tapu baru sahaja saya ketahui.. (* itulah kata2 yang sering didengar tapi baru difahami).. iaitu tentang kelebihan beramal ibadat dibulan Sya'ban ni. Bulan yg mulia ini sangat disukai oleh baginda Rasulullah saw sehinggakan pernah diriwayatkan oleh saidatina Aisyah r.a. bahawa baginda Rasulullah saw telah memperbanyakkan amalan sunat dibulan ini seperti puasa , solat sunat, membaca al quran dan banyak lagi.

Jadi, signifikannya kenapa dianjurkan kepada kita semua untuk memperbanyakkan amal ibadat pada bulan ini adalah sebagai persediaan kepada kita untuk menghadapi bulan Ramadhan yang sangat mulia. Di bulan tersebut turunnya rahmat Allah melimpah ruah dan setiap amalan soleh yang dilakukan akan diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. Naa... jadi apabila kita sentiasa berusaha untuk melaksanakan puasa sunat dan amalan2 sunat lain di bulan sebelum bulan puasa iaitu Syaaban dan Rejab,, maka ia akan membantu diri kita, membantu rohani kita untuk berasa selesa atau bersedia dengan kehadiran Ramadhan yang mana di bulan yang itu kita harus berusaha bersungguh2 untuk melipat gandakan pahala..

dalam kata mudahnya,, bayangkan di bulan puasa ,, semua orang berpuasa dan tidak makan dan tidak minum,, dan suasana penat, tak bermaya akan berlaku,, TETAPI,, perkara penat itu tidak berlaku pada kita bahkan kita menjadi seorang yang sangat bertenaga seolah-olah tidak berpuasa.. kerana apa??? kerana kita sudah practise masa bulan Rejab dan Syaaban dengan melakukan puasa sunat ini.. di waktu ini, kita berpuasa dan dikelilingi oleh orang yang tidak berpuasa.. memang penat kerna pekerjaan kita adalah sama dengan mereka.. tetapi oleh kerana sudah terbiasa, maka kita dapat mengharunginya dengan baik sehinggalah di bulan Ramadhan..

oklah,.. itu sahaja,, setakat ni dulu.. musim el nino ni kena banyak berdoa pada Allah.. dan saya nak tinggalkan satu scene yang menarik yang berlaku di rumah saya.. yang mana terdapat 2 ekor ibu ayam bekerjasama membesarkan 10 ekor anak mereka.. hebat kuasa Allah. saya juga tak tahu macam mana mereka boleh pergi cari makan sekali,, duduk sekali dan saya pun tak tahu mana satu anak mereka.. apapun,, biar saya sorang je la yang faham.. - Aina is feeling wonderful.