BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Thursday, July 28, 2016

Tajwid

Salam alaik.
Inshaa Allah. Hari ni, saye nak share satu ilmu tajwid. Dan sebelum ni, agak samar2. Bagi saye. Ni pics die. Mudah-mudahan mike faham la ye.

Btw, ilmu Allah tu amat luas. Dan pelajarilah ia dengan sesungguh-sungguhnya.

Wednesday, July 27, 2016

3 Perkara

Assalamualaikum.

Bagi nak menghilangkan rase mengantuk di waktu petang ni saye ingat nak tulis satu note untuk peringatan bagi diri saya. Almaklumlah, kerja semua da siap dan just tinggal masa untuk balik jek.

Inshaa Allah. Saya teringat pesanan seorang ulama yang terkenal dan baru sahaja meninggal dunia iaitu Tuan Guru Haji Salleh. Pesannya, ade 3 perkara yang kalau kita pegang ni, inshaa Allah kita akan bahagia dunia dan akhirat.

1. Mengenal Allah
2. Mengetahui antara perkara yang baik (memberi manfaat untuk Islam) dan perkara yang tidak baik (merugikan)
3. Menyedari akan kehidupan selepas mati.

Cukup 3 perkara ni kita amal dalam hidup. Nak faham ketiga2 ayat ni, tidak dapat tidak berpergianlah kita mencari ilmu, menadah kitab.

Allahu. Mudah-mudahan, saya dapat memahami ketiga2 perkara ini sebelum ajal menjemput. Mudah-mudahan juga, saya diberi kelembutan hati untuk menghadiri majlis2 ilmu. Inshaa Allah.

Sampai disini sahaja dulu, may Allah bless us..

My pet

Salam alaik.
Ni kambing saya.
Baru je selamat menetap di rumah saya selama 2 minggu. Name die Mimi. He he. Comel kan. (Haha.. Geli plak)

Mimi ni da lame berpisah dengan mak ayah die. Die ade 3 orang adik beradik. 2 lagi jantan dan saya tak sempat berkenalan dgn mereka. So, tak tahu la name diorang ape.

Tapi, kat sini saya nak cite pasal Mimi. Mimi ni mase mula2 datang umah saye, die memang tak boleh kena tinggal. Kalau tidak, memang meriah la kampung ni dengan suara die. Melainkan kalau ade orang dekat dia, barulah nak senyap.  (Macam menyampah plak kan.. He he ). Pernah satu hari tu, kitorang tak dapat tidur dengan lena sebab terganggu dengan suara merdu die. Almaklumla , Mimi tu anak manje. Hihi.

Dan sekarang, alhamdulillah. Nampaknya da mampu berdikari. Selepas ditempatkan bersama2 itik dalam satu kandang, Mimi nampaknya sudah selesa dan gembira.

Tapi itulah, bile da lama tak dengar suara si Mimi ni, perasaan rindu tu datang plak. Kikiki.
Kalau tak dengar suara atau kelibat die dalam satu hari tu, konpem bising satu rumah... Yela, takut2 da selamat jadi hidangan si ular atau anjing. (Nauzubillahhi min zalik)

Apapun, itulah si Mimi yang saya sayangi. Biaselah, rumah ni tak de kucing. Jadi, Mimi la penggantinye.

Okaylah. Maaf ye sebab over sangat duk cite pasal si Mimi ni. Btw, here's my lovely pet. Kita berkasih sayang kerana Allah. He he. Insya Allah.

Tuesday, July 26, 2016

Mati

Assalamualaikum wbt...

Pada petang yang berangin laju serta titikan air hujan yang seakan malu. Ditambah pula dengan bunyi dentuman plaka ( kilat ) yang lenggoknya penuh sopan. Sekaligus mematikan bekalan elektrik dirumahku ini cukup membuatkan diri ini berasa seperti ingin bermadah pujangga.

Cuma satu perkara yg ingin saya kongsikan pada petang yang Allah kurniakan ini iaitu selalulah membaca surah yasin diwaktu subuh. Bacalah dan bacalah ia.

Bapa saya berpesan, jika kita mengamalkannya, soal rezeki tidak perlu dikhuatiri. Ia sudah dijamin oleh Allah yang Maha Pemurah.

Allahu. Tatkala coretan ini ditulis, beberapa kali cahaya kilat ditangkap didepan mataku. Allahu. Sesungguhnya ajal maut itu rahsiaNya dan kedatangannya merupakan suatu kejutan yang tersangat tiba-tiba. Maka, apa gunanya lagi harta yang disimpan tidak terusik demi sebuah angan2. Apa gunanya lagi pengubahan kecantikan yang mengharapkan pujaan makhluk.

Astghfirullah hal azim.
Sungguh mati itu akan datang dikala mereka sibuk bekerja mencari nikmat. Sungguh dan sungguh , mereka tidak akan menyangka kedatangan maut itu adalah tiba-tiba. (Surah Al Maun)

Saturday, July 23, 2016

Redah jek ..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah . Baru ni saya dan beberapa orang 'woris' saya berkesempatan bersua muka , menadah telinga menghadiri ceramah yang disampaikan oleh daie Hamidah.

Dalam banyak2 ceramahnya tu, saya tertangkap satu kata2 nasihatnya yg berbunyi lebih kurang mcm ni selepas disimpulkan :

Kita ni belum apa2 da takut. Belum jadi lagi da fikir bukan-bukan. Seolah2 kita ni tak yakin dengan Allah. Padahal, segala benda yang berlaku atas muka bumi ni adlh dengan kekuasaan Allah. Baik nikmat mahupun musibah.

Haaa.. Mungkin tak jelas lagi kan. Sebagai contoh, :

Eh, aku tak nak la belajar kat pondok/pasentran tu. Nanti nak kerja best2 pon tak dapat. Usahkan dapat kete besar. Idak lerr teman.

No way. Takut aku cakap pasal kawin-kawin ni. Kau tau tak, berapa ramai wife kat luar tu yg kena sepak dekat husband die. Kau tau tak berapa ramai husband yg kat luar pakai songkok tapi bile kat rumah , nafkah sume wife yg tanggung.

And so on.

Allah. Memang tak dinafikan kekadang benda ni ade gak terlintas dlm hati saya. Smpai kekadang takut jugak nk melangkah ke alam baru atau mmbuat keputusan.

Baiklah. Gini. Nak takut tu x de masalah. Tapi satu benda yg kita kena pegang ialah Allah is over everything. He he he .. Betul ke idak grammar teman tu... Hihi. Maksudnya. Kekuasaan Allah melebihi segala2 nya.

Tak usahlah kita berprasangka buruk dan menjadi tukang ramal yang hnya berilmukan televisyen atau umpatan orang semata2. Hidup ini harus dijalani dan ketahuilah setiap dari diri kita telah ditetapkan rezeki dan cara hidup masing2. Telusurilah ia, dan tempuhilah setiap ujian dengan penuh keimanan. Yang paling penting, kita tidak menidakkan kekuasaan Allah.

Alhamdulillah. Moga Allah memberi kefahaman kepada kita sume tntang ape yg saya kongsikan pd hari ni...

Tak boleh lame2, nanti entah ape benda saye tulis. Okaylah. Time kasih blog yang setia.

Wednesday, July 20, 2016

Chill

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah. Akhirnya planning untuk menconteng laman blog kesayangan semalam dapat jugak saya tunaikan pada petang yang indah ini.

Alhamdulillah lagi kerana dengan berkat peningkatan umur ini. Saya mulai memahami beberapa perkara yang dahulunya umpama angin lalu bagi saya. Huhuhu. Walaupun tak kesemuanya, but still alhamdulillah.

Alhamdulillah juga sebab Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Pemurah masih meminjamkan nyawa kepada saya dan mengizinkan saya untuk terus menelusuri perjalanan dunia yang sementara ini

Benarlah dengan sesungguhnya bahawa jodoh, rezeki dan ajal itu telah Allah tetapkan ke atas setiap makhluknya. Maha Berkuasa Allah tidak akan mampu dicapai dengan akal logik. Walaupun ditangan saya sudah kekeringan daripada wang (sumber dunia untuk kelangsungan hidup), tetapi Allah masih memberi nikmat kelazatan makanan yang saya rasai. Subhanallah. Nikmat yang tidak terkira dan rezeki yang sudah ditulis oleh Allah.

Begitu juga dengan nikmat keletihan, tekanan , kegelisahan pemikiran. Allah2.. Sangat mewarnai kehidupan ini.

Kopinya...
Terimalah setiap apa yg berlaku dalam hidup kita dengan penuh rileks dan yakin bahawa Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat kita.

Sunday, July 17, 2016

Hari Saidatina Khadijah

Assalamualaikum.
Jom sahabat2 .. Kite cube luangkan masa dan mencari alasan untuk menghadiri program ni.