BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Tuesday, August 9, 2016

Virus

Salamun alaik..
Petang yang semakin melabuhkan tirai
Bermulalah jasad manja ini merehatkan diri
Setelah seharian mengerahkan mental dan fizikal dalam melaksanakan tugasan harian.
Mudah- mudahan sahaja kerja amal yg memberi bnyk manfaat ini diterima Allah.

Detik ini, bising juga dengan isu aplikasi permainan baru yg telah difatwakan haram. Dalam pada itu, masih ada juga yang mengikut gerak hati meneruskan permainan ini. Tak kurang ada yang sanggup menghina. Allahu.

Sungguh, sy bukanlah seorang yg berilmu tinggi. Cuma beberapa perkara yang benar memang perlu dipertahankan. Jika ingin dibuktikan kesan buruknya sudah banyak di paparkan dialam maya...
Cuma saya berasa agak sedih bila virus2 ini seolah-olah mematikan terus pemikiran dan hati dalam membezakan antara yang baik dengan merugikan. Tambahan lagi, kita yang sangat muda dalam ilmu agama begitu lantang mencemuh para ilmuan yang telah diiktiraf serta pantas meluahkan ketidakpuas hatian dilaman sosial.
Astaghfirullah hal azim.

Tidak salah jika ingin meluahkan rasa tapi elakkan daripada terlalu terserlah kecetekan ilmu disitu. Belajarlah untuk menerima setiap perkara dgn berlapang dada.

Sungguh, perkara baik mana yang disukai si nafsu?

0 comments: