BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Friday, November 12, 2010

Berkata baik atau diam


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia menghormati tetangganya,barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia menghormati tamunya.'
                                                                                          (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Perkataan yang sia-sia bukan hanya membuang masa tetapi terkadang boleh menyakitkan hati. Bak kata bait-bait lagu nasyid kumpulan In- Team, ' kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan....'. Hal ini secara tidak langsung boleh mengundang kita untuk meringankan lagi mizan kita di padang masyar.
Teman sekalian, dalam menjalani kehidupan seharian, tanpa kita sedari kata-kata kita mungkin telah atau boleh menjadi penyebab utama mengalirnya air mata seseorang.

Tidak dinafikan aku juga terlibat sama dalam masalah seperti ini... kata-kata begitu sarat dengan sindiran yang berbunga dan kadang-kadang mampu melukakan hati si pendengar... memang aku pernah mengalami apabila diboikot oleh orang ramai kerana tidak puas hati mereka terhadapku suatu ketika dahulu...ya mungkin cara penyampaianku yang salah...
kadang-kadang rasa lucu  bertandang difikiran.."aku ni macam barang israel plak..kena boikot-boikot..huhu.." 
Tapi.. tujuanku menulis kisah silam ni bukanlah mahu membuka pekung didada tetapi lebih kepada pengajaran.... 
Namun kini aku sudah mengerti akan perasaan orang disekeliling kerana aku juga pernah berada ditempat mereka...merasai sendiri disindir,diperli tanpa disedari oleh si pengata....
Ya ...ini mungkin balasan bagiku kerana pernah berbuat seperti itu pada orang lain suatu ketika dahulu...
Walaupun begitu... jika difikir kembali ...takkanlah aku nak hidup dalam keadaan berputus asa, pasrah, terluka terus...
Memang benarlah kata pepatah..."banyak orang banyak ragam"...
hidup mesti diteruskan...jika terus lemah ,maka amat mudah bagi musuh kita mencuri peluang menikam kembali.... maka , aku sentiasa berpegang pada prinsip yang mana aku mestilah sentiasa berfikiran positif pada orang yang menyakiti hati aku tu...mungkin ada benarnya dan mungkin ada yang salah pada kelakuanku untuk diperbetulkan....atau ini mungkin teguran or ujian dariNya, maka aku tidak perlu bimbang kerana hanya kepadaNyalah aku akan berlindung dan Dialah sebaik-baik pelindung ....
Aku sendiri, InsyaAllah masih dalam proses untuk memperbetulkan diri........
Ada orang yang boleh terima dan ada yang tidak....rambut sama hitam, hati lain-lain...maka kita kenalah sama-sama menjaganya,barulah hidup akan lebih aman dan harmoni...

Kawan-kawan, kalau kita fikir lagi kenapa sampai boleh terjadinya perkara seperti itu, mungkin kita tidak sengaja atau tersasul atau itu memang tabiat kita...memang tak boleh nak dibuang....dah terlekat, tersemat macam badi....tapi sampai bila nak jadi macam tu??
selesa ke kalau hidup dikelilingi oleh rasa benci,takut, menyampah, bosan orang pada kita....
itu baru manusia...belum lagi Sang Pencipta kita, Allah SWT... Nauzubillah kemurkaanNya menyelubungi diri kita...


sama-samalah kita selidiki....
 Jom kita tengok idola kita, Rasulullah SAW.... betapa luhur dan murninya sikap serta sifat baginda.. sentiasa menuturkan kata-kata yang sopan dan lemah - lembut walaupun sering dihambur dengan kata-kata kesat oleh puak musyrikin sewaktu menyampaikan dakwah islamiah.. Namun mereka ( musyrikin Quraish) bukan marah kerana cara pertuturan baginda . Ternyata kata-kata baginda penuh berhikmah dan menyentuh jiwa..Akhirnya.. baginda berjaya memikat ramai orang untuk memeluk islam..Alhamdulillah...

terlintas dihatiku mampukah aku menjadi manusia seperti Rasulullah??
baginda seorang yang ma'sum dan mampu menangani segala masalah...
tapi, semua itu tidak boleh menjadi alasan pada kita untuk menolak daripada mengamalkan sunnahnya...
sesungguhnya Allah amat menyukai amalan baik  yang sedikit tetapi berterusan (istiqomah)...
sama-samalah kita berazam untuk menjadi yang terbaik dan mulakan dengan perkara yang ringan dahulu iaitu cuba untuk bercakap apabila perlu seterusnya sentiasa berfikir panjang sebelum meluahkan suatu ucapan.. insyaAllah....


wahai muslimin dan muslimat sekalian, marilah sama - sama kita perbaiki serta pertingkatkan keupayaan diri agar ukuwah kita bersama teman2 dan orang disekeliling kita akan bertambah erat sekaligus dapat mengelakkan diri kita daripada menjadi fitnah kepada agama.. sesungguhnya apa yang baik itu adalah dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri...kerana inilah usahaku untuk memartabatkan Islam....


Tuesday, October 12, 2010

Jom renungkan...

" Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan serta digoncangkan  (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman  bersamanya : Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah ,sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
                                                                                                              (surah al-baqarah,  ayat 214)

Cukup bergetar jantungku dibuatnya tatkala melafazkan ayat ini dan merenungi maknanya. Lantas terlintas dihati, adakah aku layak menghuni syurgaNYA atau tempatku memang bukan disinggahsana itu. Memikirkan pula azab yang disediakan untuk penghuni neraka timbul pula perasaan gerun dalam hati . Rasa seperti tidak cukup masa yang masih berbaki ini dapat kugunakan untuk menebus kejahilan yang lalu. Sahabat seperjuangan sekalian, marilah sama-sama kita muhasabah diri .Cuba kita perhatikan, adakah setiap aktiviti dan amalan yang kita lakukan seharian sudah memastikan tersedianya jalan bagi kita untuk menuju syurga. Cuba kita lihat disekeliling kita, termasuklah diri kita.Subhanallah..... begitu banyak nikmat yang kita perolehi dariNYA.Mata, telinga, mulut, tubuh badan yang sempurna, tangan dan banyak lagi sehingga tidak terhitung nikmatnya walaupun kita jadikan lautan sebagai tinta untuk menulis nikmatNYA, nescaya ianya masih belum mencukupi.
Terkadang perasaan malu menyelinap masuk kedalam sanubari.. apa yang telah aku lakukan untuk membalas atau sebagai tanda syukurku kepadaNya?? Sedangkan aku hanyalah hambaNYA yang hanya menumpang lagi tak berdaya dan dihantar kedunia adalah semata-mata untuk mencari keredhaanNYA. Terlalu banyak nikmatNya , aku gunakan dijalan yang salah. Banyak kali aku mengundang kemarahan dan kekecewaanNYA. Terlalu mudah bagiku untuk melupakan arah tujuan hidup ini yang sebenarnya. Terlalu leka melayani pujukan iblis dan bergelumang dengan godaan dunia. Namun, alangkah Maha Penyayangnya Allah pada kita. Sedikitpun tidak menarik nikmat yang diberikanNYA kepada kita. Alangkah pemurahnya Allah , sudahlah...sudah tiba waktunya untuk kita berubah. sedarlah , kita makhluk akhir zaman.Sama-samalah kita renungkan dan marilah kita mengamalkan sikap saling nasihat- menasihati antara satu sama lain.