BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Monday, May 23, 2011

AnTara Niat DaN pAHala...

" Daripada Amirul Mukminin, Abu Hafs, Umar bin Khattab r.a berkata,aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda.'Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan seseorang itu bergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan .Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya ,maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya ,dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan ia perolehi atau wanita yang hendak dinikahinya ,maka ia akan mendapat apa yang ia tuju.'

Sahabat sekalian...
Sudah lama rasanya.. tidakku coretkan apa-apa dalam blog ini... rindu rasenya...huhu...
 jika difikir balik... hanya inilah salah satu cara bagiku untuk menyebarkan dakwah islam kepada seluruh umat manusia. Maka , tidak patut keatasku untuk melepaskan peluang keemasan ini & memberi seribu alasan untuk tidak berdakwah kepada orang ramai tentang agama islam yang suci ini.
Mudah-mudahan niatku untuk mendapat redhaNya melalui coretan yang tidak seberapa ini dapat kucapai..InsyaAllah...
Berbalik kepada niat.. kita semua tidak pernah dapat lari walau sedetik pun dalam hidup kita seharian daripada "berniat"... kerana bermulanya suatu perkara itu adalah kerana hadirnya niat dalam hati untuk melakukan sesuatu..

Contoh mudah yang dapat kita lihat ialah...misalnya, sebelum kita membasuh pakaian,, secara automatik kita akan teringat akan sabun 'daia' atau 'handalan' atau macam2lah... jadi..selepas itu, kita terus ambil sabun itu dan  melumurkannya diatas pakaian dan memulakan tugasan yang seterusnya iaitu memberus..
ha..kat sini ,,secara tidak langsung telah berlakunya niat... harap2..kita sama2 memahami akan apa itu niat..InsyaAllah...
Walaupun begitu,,harus diketahui bahawa niat itu terdapat pembahagiannya iaitu ada niat baik & buruk.. sesuatu amalan yang baik bermula dengan suatu niat yang baik, manakala sesuatu amalan yang buruk bermula dengan suatu niat yang buruk..
Sebagaimana yang kita ketahui juga, niat tidak menghalalkan cara..hal ini dapat dibuktikan seperti.." Ahmad ingin menolong melariskan jualan bapa saudaranya dengan cara menggunakan bantuan makhluk halus".. haa... dan sudah termaktub didalam kitab suci Al-Quran bahawa perkara ini HARAM kerana menyebabkan SYIRIKnya makhluk itu terhadap Penciptanya. Serta Allah sangat tidak menyukai hambaNya yang syirik..hem,,, camne tu... sama2 lah kita renungkan..
Para sahabat yang dirahmati Allah sekalian...
Betapa Pemurah & Penyayangnya Allah kepada kita sehingga Dia tidak akan terus memberikan dosa kepada kita jika kita 'terniat' untuk melakukan kejahatan selagi kita tidak melakukan kejahatan itu...TETAPI.. Allah akan terus memberi kita pahala apabila kita berniat untuk melakukan kebaikan walaupun perbuatan kebaikan itu masih belum dilakukan.. Subhanallah.. betapa baiknya & pemurahnya Allah pada kita....sayang Allah...hehe.. Disitu, kita seharusnya mempunyai rasa malu untuk melakukan perkara yang buruk..apatah lagi kita ini hanyalah menumpang dan meminjam segala-galanya dariNya..Maka, patutkah kita menggolongkan diri dalam golongan mereka yang ingkar & tidak bersyukur terhadap segala kurniaNya???

Hidup ni..ibarat satu tempat yang mana kita telah ditugaskan untuk mencari sebanyak mana pahala bagi mendapatkan kehidupan akhirat yang lebih baik... bukannya susahpun... buat satu benda baik..dapat pahala..& semuanya bermula dengan NIAT...Tapi jika kita lihat sekarang...sangat sukar untuk melakukan kebaikan bahkan diri ini lebih cenderung untuk melakukan kejahatan yang mana kenikmatannya hanya dapat dikecapi dalam waktu yang singkat je...
Muda mudi yang merupakan harapan agama dan bangsa kini semakin rapuh dimamah perasaan cintakan dunia yang terlampau..kerana terlalu percaya & terikut-ikut  dengan konsep "hidup hanya sekali..so,,,kita enjoy!!'' ...membuatkan muda mudi kini hanyut dengan belaian dunia yang begitu menggoda sehingga ada yang sanggup memandang remeh akan hukum Allah.. Setiap kali diajukan soalan..mengapa anda semua berkelakuan seperti ini???
"Ala...saya dah tak  percaya da dengan semua ni....,,, lagipun kitorang x delah sampai tahap berzina...janganlah jumud sangat... kitorang ni open minded..x nak hipokrit... ni la saya yang sebenar...saya bahagia sekarang.. ""...
Ya Allah...mencari kepuasan &  kebahagiaan didunia tidak akan pernah tamat kerana kebahagiaan yang hakiki ialah datangNya dari Allah...
Mari kita lihat setiap jawapan yang diberikan...

""  saya dah tak  percaya da dengan semua ni""
  • Manusia itu telah diciptakan dengan berfitrah untuk beriman,beragama..ini telah jelas menunjukkan bahawa manusia itu memerlukan suatu pegangan yakni suatu kepercayaan/keyakinan dalam diri mereka bagi memimpin mereka kearah kehidupan yang lebih sempurna serta lebih selesa.Manusia juga dikurniakan sifat untuk sentiasa menjadi yang terbaik,,bagus... & islam merupakan suatu cara hidup yang sangat syumul & sempurna..inilah sebenar-benarnya jalan/ cara hidup yang kita cari selama ini... agama itu tidak pernah menipu kita,,tetapi manusia itu sendiri ...yang gemar melanggar perintahNya...."Wahai anak adam sekalian, percayalah pada Allah... serahkanlah, mengadulah segala-gala masalah atau perkara padaNya... percayalah padaNya... InsyaAllah... engkau akan memperoleh suatu kenikmatan yang tidak disangka-sangkakan & sangat menakjubkan!!..MasyaAllah...# Gunakanlah & Manfaatkanlah masa yang ada selagi DIA masih memberimu peluang #
lagipun kitorang x delah sampai tahap berzina...janganlah jumud sangat
  • zina mempunyai banyak cabang iaitu zina hati,zina tangan,zina lidah,zina kaki dan lain-lain lagi. Hal ini boleh terjadi apabila berlakunya muamalat iaitu perhubungan antara manusia yang berlainan jenis tanpa ada batasan. Sebagaimana yg diketahui  muamalat antara perempuan dan lelaki hanya boleh berlaku atas dasar kerja,pelajaran dan seumpamanya yg tidak diselangi dengan perkara yang tidak berfaedah dan boleh menyebabkan berlakunya fitnah atau maksiat.Lagipun, AlQuran telah menegaskan bahawa " dan janganlah kamu menhampiri zina". Oleh itu sebagai mereka yang berilmu, kita seharusnya menjauhi perkara ini demi mendapat keredhaanNya ..

Akan bersambung...Insya Allahu wa subhanahu wa taala.... =)

0 comments: