BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Thursday, May 3, 2012

Buat lagi....

Bismillah ar-rahman ar-rahim..
Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami, ampunilah dosa ibubapa kami, keluarga kami, rakan-rakan kami serta seluruh hamba yang mengabdikan diri kepadaMu.. amin
smoge kehidupan yg kami lalui ini bukanlah sebuah persinggahan yg sia-sia..
smoge kami dapat mengambil iktibar dari setiap lakonan yg dipersembahkan dipentas dunia ini.. amin

Bile tenung2 balik.. macam blog yg saye buat ni mcm x lebih dari luahan kan3...
tapi, percayelah kerana saya tidak akan mmbuang masa sahabat2 sekelian dgn perkare yg tidak berfaedah..
pasti ade perkare yg hendak saye kongsikan..
pasti ade ilmu atau pengajaran yg dapat sahabat2 sekalian berjaya kutip..

Hmmm,,, baiklah..
berbalik kepada tajuk diatas..
saya ingin kongsikan.. bahawe manusia itu tidak ada yg sempurna.. pasti ada kelemahannya .. walaupun sedikit..
begitu juga dengan tingkatan iman.. kekadang diatas,.kekadang dibawah...
astaghfirullah hal azim..
sahabat,, tatkala kite ade melakukan kesilapan.. sepastinya perkare itu berlaku diwaktu kite tidak sedar... luar kawalan... dan apabila ianya berlalu,, pasti perasaan menyesal akan menghempap diri kita ini..
pada masa ini rasa tidak berguna,, rasa bersalah yang amat sangat menghantui diri... astaghfirullah hal azim..
namun,, sedarlah, satu kalimah syukur mesti dipanjatkan kepada Allah kerana masih mmberi rasa itu kepada kita.. terima kasih Ya Allah..

contoh : melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan seperti berkelakuan yang tidak seiring dgn akhlak mulai sepastinya akan mngundang satu perubahan yang besar.. sama ada baik mahupun buruk..
kekadang,, kita diuji dengan perkara yang kita merasakan selesa jika mmperlakukannya kepada masyarakat sekeliling.. namun,, lupakah kita bahawa mereka mmpunyai cara yang tersendiri,.
dan apabila berlakunya ketidak seiringan ini, maka akan tercetusnya satu kesilapan..
maaf,, mungkin kurng jelas disini..
baiklah.,, senang citer...  perkara ini berlaku kerana kehausan diri kita terhadap ilmu..
bhagian rohani ini sma dengan bahagian jasmani... memerlukan makanan utk dijadikan tenaga agar kehidupan seharian dapat ditempuhi dgn penuh kekuatan..

begitu juga dengan rohani.. rohani yg kuat ialah apabila kerapnya kita meluangkan masa utk mnimba ilmu yg berfaedah.. dan berpandukan ilmu yg berfaedah inilah kita mampu untuk menjaga tingkah laku seharian kita agar masih bergerak seiring dengan tuntutan agama.. insyaAllah

mereka yg terjebak dalam melakukan maksiat atau kesalahan kepada Allah sepastinya akan berasa sangat berdosa tatkala teringat akan posisi diri sebagai hamba Allah yg lemah lagi hina.. diwaktu ini berusahalah untuk mndekatkan lagi diri kepadaNya... mohon ampun dan taubatlah kepadaNya agar kesilapan yg lalu dapat diampunkan dan dapat mmbntuk diri untuk menjadi seorang hamba yg patuh terhadap segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya..

namun,, pasti akan ada sedikit kegusaran didalam hati..
mcam mana jika perkara ini akan berlaku lagi?
macam mane jika aku tidak dapat mngawalnye?
astaghfirullah hal azim
 betul tu.. pasti akan terlintas jua dihati kita..
namun percayelah dan yakinlah..
tatkala pengharapan yg padu serta semangat yg jitu dibekalkan didalam hati,, maka .. insyaAllah
Dia mengetahui apa yg terbaik utk setiap hamba yg dikasihiNya..

ingatlah Allah sentiasa bersmamu,, bahkan lebih dekat dan Dia Maha Mengetahui setiap detik rasa hatimu... malulah dengannya dan kembalilah ke alam sebenar bahawa Allah itu sentiasa berada disisimu..

mungkin salah satu cara bagi memastikan kesalahan yg sama tidak berulang lagi,, kita boleh
  • merasakan adenye Allah bersama kita hatta ditempat yg sunyi
  • memikirkan akan baik buruk sesuatu perkara yg dilakukan itu adakah akan mmberi kesan yg baik atau sebaliknya di masa depan kelak
  • meletakkan rasa empati / merasai perasaan org jika kita bertindak seperti itu dan ini
  • kita hanyalah hamba Allah dan tugas kita bukan untuk melakukan kesalahan
  • memohon pertolongan darinya kerana hanya dengan IZINNYA  sume ni x kan berlaku

insyaAllah sedikit perkongsian ini dapat kita gunakan dalam kehidupan seharian dalam usaha utk mnjadi hambaNya yg terbaik terhadap sume makhluk..
' Dalam menjalani kehidupan seharian,, ujian yg datang adalah sebagai perasa.. maka terpulang kepada kita untuk mengadili bagaimana rasanya ... jika kita merasakan yg pahit itu manis,, maka manislah ia.. begitu juga sebaliknya.'

 smoge apa yg hendak disampaikan kali ni dapat dihadam dengan baik oleh sahabat sekalian..
marilah kite bersama kita biasakan yg betul dan perbetulkan lagi yg biasa.. insyaAllah
tiada daya upaya melainkan dengan izinNYA.. alhamdulillah..
smoga jalan yg dipilih oleh kita adalah sama... amin
tertegaknya islam itu apabila tegaknya islam didalam diri kita..
p/s : mari pupuk kasih kepada ilmu.. insyaAllah
 

0 comments: