BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Tuesday, May 21, 2013

Habis suda....

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
segala pujian hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam..
mencipta segala ssuatu dengan penuh hikmah,
agar hamba-hambaNya dapat mempelajarinya.
Allah,, sungguh bijaksana pengaturan Allah..

buat detik ini, aku sedang meniti fasa-fasa pengakhiran semester di tmpat pngajianku,
sungguh banyak perkara yg baru datang menjengah kedalam hidupku,
sedikit sebanyak meninggalkan kesan buat diriku,
memberi aku sedikit pencerahan akan perkara yang perlu diperbaiki..

Allah.. Allah..
terima kasih kerna memberi peluang kepadaku untuk mempelajari asam garam hidup ini,
memang memerlukan kekuatan dalaman yang mantap,
namun, terkadang terlepas jua tatkala diri tidak dapat menanggung.
apapun, apa yg sudah berlaku biarkan berlalu bagaikan angin,
dan kesan-kesan tapaknya akan dijadikan pengajaran dalam hidup.. in shaa Allah..


sebelum mata tertutup untuk memenuhi keperluan jasad,
inginku putar seketika kisah hidupku sehingga kini,
ya Allah,, dapat kurasakan dalam diam
seolah-olah ada sesuatu yg besar yg perlu aku pelajari
namun, ada sedikit gusar untuk dlm hatiku

maka, aku mencuba utk mententeramkan jiwa ini dgn keseronokan,
aku 'hang out' bersama sahabat2 atas dasar ingin mengukuhkan silaturrahim..
dan perkare yg paling kami gemar lakukan ialah 'swiming'.. Allah,, sangat best..
namun, ape yg aku nak kongsi ialah,
setiap kali aku menyelam dan membuka mata didalam air itu,
aku merasakan satu kelainan dan kesayuan,
seolah2 diri ini tidak akan lama lagi dibumi ini,
begitu juga, sewaktu bergelak tawa dgn sahabat2,,
tiba2 aku terdiam dan terlintas dihatiku
' ..jangan happy sangat sebab engkau tak dapat menolak jika sekarang nyawamu akan ditarik..'


Allah,, sangat takut dan mencuba untuk meneutralkan keadaan kembali,
kerna bila dihitung kembali,
amat banyak dosa yang telah aku lakukan samada terhadap Allah mahupun pada makhluk,
dlm pada ini, aku hanya boleh bergantung pada Allah sahaja,
andai benar masaku sudah hampir
maka tiada daya upaya yg boleh aku lakukan utk mnghalangnya
hanya doa dan amalan yg mampu aku kuatkan

ya Allah , matikanlah aku dlm keadaan beriman kepadaMu dn peliharelah aku daripada segala macam bahaya yg datang dari bumi mahupun dari langit



 justeru itu, tiada lagi istilah aku ingin mengejar dunia yg tiada kesudahan ini
aku harus fokus kepada Allah
setiap amalan aku adalah untuk Allah
hnya kepada Dia aku berbakti

- solat mesti ikhlas dan khusyuk, membaca quran mesti dgn bertajwid dan memahami maknanya (jika mampu menghafal, maka hafallah) , zikir kepada Allah sntiasa, pelihara diri drpd perkara haram dan mesti yakin dan memupuk rasa cinta hanya pada Allah -



p/s : beribadat / upgrade iman bukan hanya bila merasakan mati sudah dekat, bahkan setiap detik kerna kehidupan yg kekal hanye di syurga kelak.. amin moga aku dan sahabat2ku ini adalah insan2 yg engkau pilih dan engkau pelihare kami dari azab seksa Mu.. amin3



0 comments: