BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Tuesday, November 3, 2015

Pengaruh

Assalamualaikum.

satu pandangan yang ingin saya kongsikan pada pagi yang ceria ini ialah tentang 'kita akan terbentuk mengikut persekitaran kita'.

sebagai contoh :

budak umur 3 tahun : umi, nok air.

umi : maghi ambik sini.

see... macam mane budak umur 3 tahun boleh bercakap bahasa kelantan dengan fasih. kenapa bukan bahasa lain. haa...sebabnye persekitaran die yang dikelilingi oleh orang yang sentiasa bercakap bahasa kelantan.



Jadi, begitu juga dengan kita, 6o percent kehidupan kite ni terbentuk daripada persekitaran yang kite tinggal. Sebab tu, kite perlu berhati-hati dan mesti memastikan hanya pengaruh-pengaruh yang positif sahaje yang masuk kedalam diri kite. Pengaruh ini juge yang akan membentuk sikap kita, gaye percakapan kita serta kemahiran interpersonal kita.

Begitu juge dengan ape yang kite bace, tonton, dan dengar, Semua ini akan menjadi pengaruh harian kite. Jika kita gemar membaca buku komik atau menonton cerita kartun, berkemungkinan besar pemikiran kita akan terarah seperti kanak-kanak dan tidak dapat berfikir secara matang. Ia juga akan menentukan setinggi mana ilmu yang kite peroleh.

Sedangkan , orang yang bermanfaat itu hanya mengutip perkara yang bermanfaat sahaja.

Maka, suka untuk saye tekankan disini, agar same2lah kite berhati-hati dalam mencedok setiap limpahan persekitaran yang saban hari turun mencurah-curah diatas kepala kita. Begitu juga bersama2lah berusaha untuk membaca perkara-perkara yang boleh mendatangkan manfaat seperti membaca Al Quran, buku-buku motivasi, perjuangan, hidayah dan sebagainya.

Okkeh...
sampai disini je, mood nak buat tugasan baru ade. Jadi, sebelum ia hilang, baik saye terus start enjin. Assalamualaikum.

Thursday, June 25, 2015

Moga Allah Redha

Assalamualaikum...

Ramadhan Kareem dan semoga kita semua dapat mengecap kemanisan iman. Allah3. Amin. 
Sekarang ni, saya berada di fasa terakhir di tempat saya belajar. inshaa Allah, kalau tak de aral melintang, tahun ni saya tamat pengajian dan menunggu untuk menjadi ustazah. inshaa Allah. Semoga Allah permudahkan..



Diwaktu petang yang agak panas dan sedikit berangin ni cukup merangsang jiwa-jiwa yang sedang berpuasa untuk merehatkan seketika jasad mereka. Begitu juga saya, saya sudah menjadi pesertanya semalam dan semalam. Cuma, pada hari ni saya berazam untuk tidak mahu mendaftarkan diri sebagai peserta sebab saya sendiri berasa semacam rugi dan semacam puasa saya ini hanya tidur semata-mata. Allahu. Maka, dijengahkan jua ke tempat bertapa yang dah lama ditinggalkan ini dengan harapan saya tidak mengisi masa petang saya dengan menjadi peserta tidur. heehehehehe...

Sepatutnya mase ni digunakan untuk bace quran kan, tapi mata ni bile mulai je bace waktu-waktu gini, mulailah nak mengecil. Allah2. Lemah sekali pertahanan diri saya. Inshaa Allah , waktu-waktu pembacaannya telah saya tetapkan dan menjadi satu disiplin bagi saya untuk melakukannya pada waktu2 itu.

Mase dalam kelas fiqh baru-baru ni, saya tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz saya sebelum beliau memulakan sesi pembelajaran iaitu tentang orang yang tercela.

Baiklah, tercela juga dapat disama ertikan sebagai terhina, terkeji dan seangkatan dengannya.

Dalam satu peristiwa dimana Nabi Muhammad s.a.w sedang menaiki tangga mimbar. Sewaktu Baginda s.a.w menaiki tangga pertama, Baginda s.a.w mengucapkan 'Amin'. seterusnya pada tangga kedua , Baginda s.a.w mengucapkan 'amin'. Dan hinggalah pada tangga yang terakhir iaitu tangga ketiga Baginda s.a.w mengucapkan 'amin'. 
Perbuatan baginda itu diperhatikan oleh para sahabat dan menyebabkan para sahabat mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam dan terus mengajukan tentang keadaan itu kepada baginda saw. Nampak tak, betapa telitinya dan bersungguhnya para sahabat terhadap perbuatan dan percakapan Rasulullah saw.

Lantas baginda saw menceritakan bahawa sewaktu baginda melangkah pada langkah yang pertama, baginda didatangi oleh malaikat Jibril a.s, dan Jibril a.s mendoakan bahawa 'Celakalah mereka yang sewaktu mempunyai ibubapa tetapi tidak membahagiakan mereka', maka baginda saw mengucapkan 'Amin'. Pada tangga kedua, Jibril as mendoakan bahawa ' Celakalah mereka yang apabila disebut nama Nabi Muhammad saw, tetapi ia tidak menyebut Allahumma salli ala muhammad , wa 'ala aali muhammad. maka baginda saw mengucapkan 'Amin'. Dan pada tangga ketiga, Jibril as mendoakan 'Celakalah mereka yang apabila memasuki Ramadhan tidak diampunkan dosanya oleh Allah',. maka baginda saw mengucapkan 'Amin'.

Berdasarkan doa ini dapat diterangkan lagi iaitu :

1) Celakalah mereka yang sewaktu mempunyai ibubapa tetapi tidak membahagiakan mereka

Disini ditekankan kepada perkataan tidak membahagiakan. Suka saya nyatakan bahwa senyum juga bole membawa bahagia, atau apa-apa sahaja yang boleh membawa ibubapa kita kepada bahagia.Maka, jika ada dikalangan kita yang mmbuat ibubapa kita tidak bahagia, cepat2lah memohon maaf dan bertaubat. Ianya dikira tidak membahagiakan jika kita menolak sesuatu pemberiannya yang mengakibatkan mereka terasa hati. Jujur saya katakan, bahawa Allah sangat meletakkan tingkat ibubapa ditingkat yang tinggi dan selaku anak, kita wajib mendengar , mentaati ibubapa kita. 


2) Celakalah mereka yang apabila disebut nama Nabi Muhammad saw, tetapi ia tidak menyebut Allahumma salli ala muhammad , wa 'ala aali muhammad.

Ustaz saya menerangkan bahawa 'sebut' disini bererti lafaz atau sesuatu yang diucapkan, yang membolehkan ia berbunyi walaupun sekadar kedengaran pada telinga kita sahaja. Maka, apabila disebutkan :
Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam.
Wajib dibalas : Allahumma salli ala muhammad , wa 'ala aali muhammad.

mesti membalas dengan sebutan yang jelas , paling minima sekadar kedengaran di cuping telinga kita sendiri,.


3. Celakalah mereka yang apabila memasuki Ramadhan tidak diampunkan dosanya oleh Allah'

Perkara dosa, kita semua sudah maklum bahawa antara tanda-tanda taubat diterima atau doa diterima ialah kita berusaha untuk menjauhi perbuatan dosa tersebut. Dalam keadaan lain, diri kita mulai berasa tawar untuk melakukan dosa tersebut. Kita juga dianugerahkan untuk mempunyai satu lintasan hati yang akan menentukan samada perbuatan kita itu berdosa atau tidak. Iaitu :

1. Kita tidak mahu diketahui orang
2. Kita merasa salah atau ragu-ragu tentang perbuatan kita


Allahu Allah, sungguh !!! ini bukan suatu perkara yang boleh dilihat dengan mudah. Peliharalah hati. peliharalah iman dengan meminta bantuan dari Allah. Laksanakanlah stiap perintah Allah dan Rasul dengan sebaik2nya. Moga dapat memberatkan mizan kita kelak. 
wallahualam.  

sudah hampir jam 4. sudah tiba masa untuk saya sediakan diri saya untuk aktiviti seterusnya. Bulan Ramadhan, Moga Allah Redha.

Saturday, February 21, 2015

Assalamualaikum.

Pernah tak sambil menaip kat laptop, anda minum air kotak sambil dagu anda ditongkatkan dengan air kotak tu? Hemmm.. best kan. huhu.


Sekarang ni saya berada di IPG tercinta. Balik awal sehari dari cuti, kononnye nak buat preparation untuk praktikum esok. (Bajet jer lebih). Tapi , sampai saat ni, preparation tu tak start lagi. Hemmm... Insyaa Allah, lepas breakfast kita buat kerja ye Aina. (Baik Tuan!)... Kadang2, kita kene bercakap dengan diri sendiri, sebab kadang2 arahan orang lain tak dapat masuk dalam hati kita dengan baik. Soo,,, same goes to me. I'm really love to have a monolog. Kekekeke

Hari ni, saya nak kongsi pasal kasih sayang. Satu perasaan yang sememangnya merupakan fitrah dan anugerah terindah yang diberikan oleh Allah swt.
Sepanjang cuti satu minggu ni, saya telah buat planning tuk mengeratkan kasih sayang. Mula-mula cadangnya nak pergi rumah abang kesayangan tuk lihat anak buah yang comel momel kat Cameron. Tapi, tak dapat pegi sebab takut nak pegi sorang2. Kawan2 pulak semuanya dah ada planning dengan family masing2, Sobs2.. sedih tu ade gak la. Tak pe,, next time pasti bertemu jua dengan first anak buah yang tercinta. Amin3.

Perasaan yang sedih tu, tidak saya biarkan ianya lama2 bertandang dalam diri saya. Tapi, terus saya ubati dengan menghabiskan cuti dirumah pak cik sedara yang berdekatan. Alhamdulillah, Pak Cik saya  ni masih mempunyai anak-anak yang kecil2 lagi comel. Cuti seminggu tu dirasakan sebentar sahaja sebab rase tak puas bila bermain dengan sikecil ni.

Name die Haifa, dia suka sangat tanye soalan macam ni dekat penghuni rumah tu.

Haifa : Nnnaaaaaaaa.....
Saya : Iyyeeeee...........
Haifa : Ayang adik tak ?......... (Sayang adik tak)
Saya : Ayanggggg..... (Sayaanggg)
Haifa : Anneee?...... (Camne sayangnye?)
Saya : Ayyyaaannnngggggg ( Sayangggg.. sambil buat mimik muka)

Mak dia kata, kadang2 kalau pergi kerja, asyik teringat keletah si kecil ni.
Adoiiiii,,,, ni tak leh tahan ni,,, da mula rindu da.

Itulah kasih sayang yang Allah kasi sesama makhluk. Saya yakin, Allah hanya titiskan rasa kasih ini tak sampai setitis pon. Sebabnya, saya pernah dengar satu kisah,

Pada zaman sahabat dahulu, ada seorang sahabat ni (sori, lupa nama).. dia dulu pernah buat dosa dan silap. Sehinggalah pada satu hari, dia bertaubat dan dia memohon bantuan dari Nabi Musa a.s (kalau tak silap) agar Allah mengurniakan rasa cintanya terhadap Allah., Maka Nabi Musa a.s berdoa untuknya. Bermula dari hari tu, Nabi Musa a.s tidak ketemu orang itu sehinggalah Nabi Musa mendapat berita daripada orang kampung bahawa orang itu berada di atas bukit dan sedang beribadat. Setibanya Nabi Musa a.s dibukit tersebut , dia dapat melihat bahawa orang tersebut sedang berteleku diatas batu besar seolah-olah sedang berdoa. Lantas, Nabi Musa a.s pergi dan menyapanya, namun tiada sahutan malah lelaki itu tidak menoleh. Seolah-olah terlalu khusyuk dengan doanya dan tidak menyedari akan kehadiran Nabi Musa a.s.  Setelah itu, datang seorang lelaki dan mengkhabarkan kepada Nabi Musa a.s bahwa andaikata dia menghiris kaki lelaki tersebut sehingga berdarah, belum tentu dia menyedarinya.

Kisah ini menunjukkan bahawa, lelaki beruntung tersebut hanya mendapatkan setitis cinta daripada Allah sudah tidak menyedari akan apa yang berlaku disekelilingnya. Allah3.. hebat2. Sungguh beruntung jika aku juga memiliki cinta itu.
Inshaa Allah. Moga Allah berkati.


Sunday, February 8, 2015

Kriteria

Assalamualaikum wbt.

Pagi yang dingin bertambah beku bila aku berada tepat-tepat dibawah air cond.
Sungguh sejuk dan keadaan semakin seronok bila hidung ini agak sensitif dan menyebabkan aku terpaksa menutup hidungku dengan tangan bagi menyelesakan aku daripada berterusan terkena hembusan air cond yang saban minit memecut keluar.


Mahu saja ditutup suis air cond ini, tapi bila memikirkan masih ramai rakyat jelata yang berjawat jawatan sebagai guru sedang khusyuk melakukan tugasan, kurang adil rasanya, Tak mengapalah, kalau aku tidak dapat bertahan, bisa saja aku berjalan ketempat orang lain ataupun masuk ke mana-mana kelas untuk mengajar. heeeee,,, Alhamdulillah.

Dalam keharmonian ini, otakku ligat berputar tatkala melihat insan yang berada disebelahku. Seorang non muslim dan sangat ramah. Masih lagi aku teringat kata-katanya sewaktu kami sakan berborak perihal masing-masing. Ternyata dia seorang yang terbuka dan santai sahaja sewaktu aku bertanyakan tentang agamanya.

Sewaktu perbualan itu, aku berasa terkejut kerana rupa-rupanya dia turut mempelajari ilmu seperti ihsan, ikhlas, tenang dan sebagainya. Yang mana, pelajaran itu turut diajar dalam agama Islam. Sejurus itu, dia terus memberitahu aku bahawa agama Kristian yang dianutinya iaitu Roman Katolik tidak mempunyai beza dengan ajaran agama Islam.


Tersentap aku. Bagaimana mungkin tidak ada bezanya. Sedangkan mereka jauh benar tersasar. Lantas diwaktu itu, aku teringat kata-kata ustazku. Kita sedia maklum bahwa kita mempelajari beberapa tauhid iaitu Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyyah dan Asma wa siffat. Dan pokok perbezaan kita dengan agama lain ialah mereka tidak memiliki Tauhid Uluhiyyah. Ini bermakna, memang benar, mereka mempunyai kepercayaan kepada tuhan yang mempunyai sifat dan mengetahui bahawa ada pencipta pada bumi ini. Tapi silapnya, mereka tidak percaya pada Allah yang maha satu. yang maha esa. itu sahaja. Dan walaupun ianya kelihatan satu perkara sahaja, namun ini adalah perkara tauhid yang mana jika tidak meyakini Allah itu Maha Esa dan hanya Dia yang berhak disembah, maka mereka akan jatuh kepada syirik. Syirik merupakan antara dosa yang tidak akan pernah diampunkan oleh Allah. Justeru, bagaimana pula mereka boleh berbangga dengan semua itu.

Aku juga teringat bahawa, ustazku pernah berpesan bahwa jangan sesekali biarkan mereka mengatakan bahawa agama Islam itu sama dengan agama lain. TIDAK. Ternyata ada perbezaan yang besar disitu.

Terus aku menjawab, : Benar juga apa yang kamu kata tu, tapi kita masih punya perbezaan iaitu aku menyembah Allah dan kamu tidak. Hanya itu perbezaan aku dengan mu.

Dalam hati aku, walaupun bedanya kecil, tapi implikasinya besar, Moga kau ketemu hidayah temanku.



Jadi, barusan aku ada terbaca kriteria kenapa Islam dipilih sebagai agama terbaik adalah kerana :


  1. Bersifat Rabbaniyah : Ketuhanan. mempercayai bahawa hanya Allah yang berhak disembah
  2. Insaniyah : Sesuai dengan fitrah manusia yang inginkan bertuhan dan sesuai dengan naluri manusia. Hal ini kerana, manusia itu sendiri diciptakan oleh Allah.
  3. Syumuliah : Menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Al quran diturunkan sebagai panduan dan merangkumi aspek pemerintahan , sosial, muamalat, ekonomi dan seluruh kehidupan seharian manusia telah diajar dengan terperinci dalam alquran dan hadis.
  4. Thabat wa murunnah : tetap dan fleksibel. maknanya seperti mengerjakan solat itu wajib, tapi pelaksanaannya adalah fleksibel iaitu ada rukhsahnya, jamak taqdim/ta'khir dan lain-lain
  5. Waq'iyyah : Realistik , iaitu boleh diterima akal manusia, seperti penceritaan Alquran kemenjadian manusia didalam perut sama dengan kajian sains manusia.
  6. Wudhuh : Jelas. Bersumberkan al Quran dan Sunnah. Mempunyai turutan sirah yang benar dan diyakini.
  7. Wasathiyyah : Pertengahan. Tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat. sebagaimana pihak rohib yang memilih untuk tidak berkahwin atas dasar ingin menjaga hawa nafsu. Ternyata ianya salah kerana perkara nafsu itu adalah fitrah dan tidak mungkin bole dipotong seperti itu. Keadaan ini ternyata memberi beban yang berat buat mereka.

Allah-Allah, moga kriteria ini dapat menjadikan kita hambaNya yang lebih jelas dan mengerti kedudukan yang sebenar. Nyata, salah tetap salah.