Assalamualaikum wbt.
Pagi yang dingin bertambah beku bila aku berada tepat-tepat dibawah air cond.
Sungguh sejuk dan keadaan semakin seronok bila hidung ini agak sensitif dan menyebabkan aku terpaksa menutup hidungku dengan tangan bagi menyelesakan aku daripada berterusan terkena hembusan air cond yang saban minit memecut keluar.
Mahu saja ditutup suis air cond ini, tapi bila memikirkan masih ramai rakyat jelata yang berjawat jawatan sebagai guru sedang khusyuk melakukan tugasan, kurang adil rasanya, Tak mengapalah, kalau aku tidak dapat bertahan, bisa saja aku berjalan ketempat orang lain ataupun masuk ke mana-mana kelas untuk mengajar. heeeee,,, Alhamdulillah.
Dalam keharmonian ini, otakku ligat berputar tatkala melihat insan yang berada disebelahku. Seorang non muslim dan sangat ramah. Masih lagi aku teringat kata-katanya sewaktu kami sakan berborak perihal masing-masing. Ternyata dia seorang yang terbuka dan santai sahaja sewaktu aku bertanyakan tentang agamanya.
Sewaktu perbualan itu, aku berasa terkejut kerana rupa-rupanya dia turut mempelajari ilmu seperti ihsan, ikhlas, tenang dan sebagainya. Yang mana, pelajaran itu turut diajar dalam agama Islam. Sejurus itu, dia terus memberitahu aku bahawa agama Kristian yang dianutinya iaitu Roman Katolik tidak mempunyai beza dengan ajaran agama Islam.
Tersentap aku. Bagaimana mungkin tidak ada bezanya. Sedangkan mereka jauh benar tersasar. Lantas diwaktu itu, aku teringat kata-kata ustazku. Kita sedia maklum bahwa kita mempelajari beberapa tauhid iaitu Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyyah dan Asma wa siffat. Dan pokok perbezaan kita dengan agama lain ialah mereka tidak memiliki Tauhid Uluhiyyah. Ini bermakna, memang benar, mereka mempunyai kepercayaan kepada tuhan yang mempunyai sifat dan mengetahui bahawa ada pencipta pada bumi ini. Tapi silapnya, mereka tidak percaya pada Allah yang maha satu. yang maha esa. itu sahaja. Dan walaupun ianya kelihatan satu perkara sahaja, namun ini adalah perkara tauhid yang mana jika tidak meyakini Allah itu Maha Esa dan hanya Dia yang berhak disembah, maka mereka akan jatuh kepada syirik. Syirik merupakan antara dosa yang tidak akan pernah diampunkan oleh Allah. Justeru, bagaimana pula mereka boleh berbangga dengan semua itu.
Aku juga teringat bahawa, ustazku pernah berpesan bahwa jangan sesekali biarkan mereka mengatakan bahawa agama Islam itu sama dengan agama lain. TIDAK. Ternyata ada perbezaan yang besar disitu.
Terus aku menjawab, : Benar juga apa yang kamu kata tu, tapi kita masih punya perbezaan iaitu aku menyembah Allah dan kamu tidak. Hanya itu perbezaan aku dengan mu.
Dalam hati aku, walaupun bedanya kecil, tapi implikasinya besar, Moga kau ketemu hidayah temanku.
Jadi, barusan aku ada terbaca kriteria kenapa Islam dipilih sebagai agama terbaik adalah kerana :

- Bersifat Rabbaniyah : Ketuhanan. mempercayai bahawa hanya Allah yang berhak disembah
- Insaniyah : Sesuai dengan fitrah manusia yang inginkan bertuhan dan sesuai dengan naluri manusia. Hal ini kerana, manusia itu sendiri diciptakan oleh Allah.
- Syumuliah : Menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Al quran diturunkan sebagai panduan dan merangkumi aspek pemerintahan , sosial, muamalat, ekonomi dan seluruh kehidupan seharian manusia telah diajar dengan terperinci dalam alquran dan hadis.
- Thabat wa murunnah : tetap dan fleksibel. maknanya seperti mengerjakan solat itu wajib, tapi pelaksanaannya adalah fleksibel iaitu ada rukhsahnya, jamak taqdim/ta'khir dan lain-lain
- Waq'iyyah : Realistik , iaitu boleh diterima akal manusia, seperti penceritaan Alquran kemenjadian manusia didalam perut sama dengan kajian sains manusia.
- Wudhuh : Jelas. Bersumberkan al Quran dan Sunnah. Mempunyai turutan sirah yang benar dan diyakini.
- Wasathiyyah : Pertengahan. Tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat. sebagaimana pihak rohib yang memilih untuk tidak berkahwin atas dasar ingin menjaga hawa nafsu. Ternyata ianya salah kerana perkara nafsu itu adalah fitrah dan tidak mungkin bole dipotong seperti itu. Keadaan ini ternyata memberi beban yang berat buat mereka.
Allah-Allah, moga kriteria ini dapat menjadikan kita hambaNya yang lebih jelas dan mengerti kedudukan yang sebenar. Nyata, salah tetap salah.
0 comments:
Post a Comment