BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Saturday, February 21, 2015

Assalamualaikum.

Pernah tak sambil menaip kat laptop, anda minum air kotak sambil dagu anda ditongkatkan dengan air kotak tu? Hemmm.. best kan. huhu.


Sekarang ni saya berada di IPG tercinta. Balik awal sehari dari cuti, kononnye nak buat preparation untuk praktikum esok. (Bajet jer lebih). Tapi , sampai saat ni, preparation tu tak start lagi. Hemmm... Insyaa Allah, lepas breakfast kita buat kerja ye Aina. (Baik Tuan!)... Kadang2, kita kene bercakap dengan diri sendiri, sebab kadang2 arahan orang lain tak dapat masuk dalam hati kita dengan baik. Soo,,, same goes to me. I'm really love to have a monolog. Kekekeke

Hari ni, saya nak kongsi pasal kasih sayang. Satu perasaan yang sememangnya merupakan fitrah dan anugerah terindah yang diberikan oleh Allah swt.
Sepanjang cuti satu minggu ni, saya telah buat planning tuk mengeratkan kasih sayang. Mula-mula cadangnya nak pergi rumah abang kesayangan tuk lihat anak buah yang comel momel kat Cameron. Tapi, tak dapat pegi sebab takut nak pegi sorang2. Kawan2 pulak semuanya dah ada planning dengan family masing2, Sobs2.. sedih tu ade gak la. Tak pe,, next time pasti bertemu jua dengan first anak buah yang tercinta. Amin3.

Perasaan yang sedih tu, tidak saya biarkan ianya lama2 bertandang dalam diri saya. Tapi, terus saya ubati dengan menghabiskan cuti dirumah pak cik sedara yang berdekatan. Alhamdulillah, Pak Cik saya  ni masih mempunyai anak-anak yang kecil2 lagi comel. Cuti seminggu tu dirasakan sebentar sahaja sebab rase tak puas bila bermain dengan sikecil ni.

Name die Haifa, dia suka sangat tanye soalan macam ni dekat penghuni rumah tu.

Haifa : Nnnaaaaaaaa.....
Saya : Iyyeeeee...........
Haifa : Ayang adik tak ?......... (Sayang adik tak)
Saya : Ayanggggg..... (Sayaanggg)
Haifa : Anneee?...... (Camne sayangnye?)
Saya : Ayyyaaannnngggggg ( Sayangggg.. sambil buat mimik muka)

Mak dia kata, kadang2 kalau pergi kerja, asyik teringat keletah si kecil ni.
Adoiiiii,,,, ni tak leh tahan ni,,, da mula rindu da.

Itulah kasih sayang yang Allah kasi sesama makhluk. Saya yakin, Allah hanya titiskan rasa kasih ini tak sampai setitis pon. Sebabnya, saya pernah dengar satu kisah,

Pada zaman sahabat dahulu, ada seorang sahabat ni (sori, lupa nama).. dia dulu pernah buat dosa dan silap. Sehinggalah pada satu hari, dia bertaubat dan dia memohon bantuan dari Nabi Musa a.s (kalau tak silap) agar Allah mengurniakan rasa cintanya terhadap Allah., Maka Nabi Musa a.s berdoa untuknya. Bermula dari hari tu, Nabi Musa a.s tidak ketemu orang itu sehinggalah Nabi Musa mendapat berita daripada orang kampung bahawa orang itu berada di atas bukit dan sedang beribadat. Setibanya Nabi Musa a.s dibukit tersebut , dia dapat melihat bahawa orang tersebut sedang berteleku diatas batu besar seolah-olah sedang berdoa. Lantas, Nabi Musa a.s pergi dan menyapanya, namun tiada sahutan malah lelaki itu tidak menoleh. Seolah-olah terlalu khusyuk dengan doanya dan tidak menyedari akan kehadiran Nabi Musa a.s.  Setelah itu, datang seorang lelaki dan mengkhabarkan kepada Nabi Musa a.s bahwa andaikata dia menghiris kaki lelaki tersebut sehingga berdarah, belum tentu dia menyedarinya.

Kisah ini menunjukkan bahawa, lelaki beruntung tersebut hanya mendapatkan setitis cinta daripada Allah sudah tidak menyedari akan apa yang berlaku disekelilingnya. Allah3.. hebat2. Sungguh beruntung jika aku juga memiliki cinta itu.
Inshaa Allah. Moga Allah berkati.


Sunday, February 8, 2015

Kriteria

Assalamualaikum wbt.

Pagi yang dingin bertambah beku bila aku berada tepat-tepat dibawah air cond.
Sungguh sejuk dan keadaan semakin seronok bila hidung ini agak sensitif dan menyebabkan aku terpaksa menutup hidungku dengan tangan bagi menyelesakan aku daripada berterusan terkena hembusan air cond yang saban minit memecut keluar.


Mahu saja ditutup suis air cond ini, tapi bila memikirkan masih ramai rakyat jelata yang berjawat jawatan sebagai guru sedang khusyuk melakukan tugasan, kurang adil rasanya, Tak mengapalah, kalau aku tidak dapat bertahan, bisa saja aku berjalan ketempat orang lain ataupun masuk ke mana-mana kelas untuk mengajar. heeeee,,, Alhamdulillah.

Dalam keharmonian ini, otakku ligat berputar tatkala melihat insan yang berada disebelahku. Seorang non muslim dan sangat ramah. Masih lagi aku teringat kata-katanya sewaktu kami sakan berborak perihal masing-masing. Ternyata dia seorang yang terbuka dan santai sahaja sewaktu aku bertanyakan tentang agamanya.

Sewaktu perbualan itu, aku berasa terkejut kerana rupa-rupanya dia turut mempelajari ilmu seperti ihsan, ikhlas, tenang dan sebagainya. Yang mana, pelajaran itu turut diajar dalam agama Islam. Sejurus itu, dia terus memberitahu aku bahawa agama Kristian yang dianutinya iaitu Roman Katolik tidak mempunyai beza dengan ajaran agama Islam.


Tersentap aku. Bagaimana mungkin tidak ada bezanya. Sedangkan mereka jauh benar tersasar. Lantas diwaktu itu, aku teringat kata-kata ustazku. Kita sedia maklum bahwa kita mempelajari beberapa tauhid iaitu Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyyah dan Asma wa siffat. Dan pokok perbezaan kita dengan agama lain ialah mereka tidak memiliki Tauhid Uluhiyyah. Ini bermakna, memang benar, mereka mempunyai kepercayaan kepada tuhan yang mempunyai sifat dan mengetahui bahawa ada pencipta pada bumi ini. Tapi silapnya, mereka tidak percaya pada Allah yang maha satu. yang maha esa. itu sahaja. Dan walaupun ianya kelihatan satu perkara sahaja, namun ini adalah perkara tauhid yang mana jika tidak meyakini Allah itu Maha Esa dan hanya Dia yang berhak disembah, maka mereka akan jatuh kepada syirik. Syirik merupakan antara dosa yang tidak akan pernah diampunkan oleh Allah. Justeru, bagaimana pula mereka boleh berbangga dengan semua itu.

Aku juga teringat bahawa, ustazku pernah berpesan bahwa jangan sesekali biarkan mereka mengatakan bahawa agama Islam itu sama dengan agama lain. TIDAK. Ternyata ada perbezaan yang besar disitu.

Terus aku menjawab, : Benar juga apa yang kamu kata tu, tapi kita masih punya perbezaan iaitu aku menyembah Allah dan kamu tidak. Hanya itu perbezaan aku dengan mu.

Dalam hati aku, walaupun bedanya kecil, tapi implikasinya besar, Moga kau ketemu hidayah temanku.



Jadi, barusan aku ada terbaca kriteria kenapa Islam dipilih sebagai agama terbaik adalah kerana :


  1. Bersifat Rabbaniyah : Ketuhanan. mempercayai bahawa hanya Allah yang berhak disembah
  2. Insaniyah : Sesuai dengan fitrah manusia yang inginkan bertuhan dan sesuai dengan naluri manusia. Hal ini kerana, manusia itu sendiri diciptakan oleh Allah.
  3. Syumuliah : Menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Al quran diturunkan sebagai panduan dan merangkumi aspek pemerintahan , sosial, muamalat, ekonomi dan seluruh kehidupan seharian manusia telah diajar dengan terperinci dalam alquran dan hadis.
  4. Thabat wa murunnah : tetap dan fleksibel. maknanya seperti mengerjakan solat itu wajib, tapi pelaksanaannya adalah fleksibel iaitu ada rukhsahnya, jamak taqdim/ta'khir dan lain-lain
  5. Waq'iyyah : Realistik , iaitu boleh diterima akal manusia, seperti penceritaan Alquran kemenjadian manusia didalam perut sama dengan kajian sains manusia.
  6. Wudhuh : Jelas. Bersumberkan al Quran dan Sunnah. Mempunyai turutan sirah yang benar dan diyakini.
  7. Wasathiyyah : Pertengahan. Tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat. sebagaimana pihak rohib yang memilih untuk tidak berkahwin atas dasar ingin menjaga hawa nafsu. Ternyata ianya salah kerana perkara nafsu itu adalah fitrah dan tidak mungkin bole dipotong seperti itu. Keadaan ini ternyata memberi beban yang berat buat mereka.

Allah-Allah, moga kriteria ini dapat menjadikan kita hambaNya yang lebih jelas dan mengerti kedudukan yang sebenar. Nyata, salah tetap salah.