BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Friday, August 5, 2016

Paksa

Assalamualaikum. Salam penghulu sekelian hari. Alhamdulillah, hari ni saya nak kongsikan tentang paksa. Paksa disini merujuk kepada paksa dalam kehidupan.

Bila berbicara tentang kehidupan, ia berkaitan dengan diri kita yang mana pucuk ubinya adalah berasal dari hati.

Kita selalu berdoa kepada Allah agar dikurniakan iman yang mantap, hamba yg soleh dan rajin beribadat. Tanpa kite berusaha untuk mempersiapkan diri untuk menjadi 'hamba idaman' itu.

Oleh itu, disini ingin ditegaskan bahawa 'paksa' itu mesti dihadirkan dalam hati. Paksa diri untuk :
°° solat awal waktu
°° baca Quran setiap hari
°° bangun 30 minit sebelum azan subuh dan solat sunat
°° elak mengumpat
°° tidak mencarut
°° bersangka baik pada semua makhluk
°° berlapang dada menerima teguran

Dan banyak lagi. Dan antara kata-kata semangat bagi kita untuk melaksanakan sume 'paksaan' ni demi mencapai title 'hamba idaman' adalah dengan meletakkan kata-kata , `` AKU TAK MAHU MENJADI ORANG YANG RUGI'' sebagai prinsip hidup.

Inshaa Allah. Bile prinsip bertemu dengan paksa. Prinsip akan menang dan paksa akan kalah. Akhirnya, paksa akan memujuk hati untuk melaksanakan setiap yg diingininya.

Pokoknya, prinsip itu haruslah benar. Itupun jika kita tidak sanggup menjadi hamba yang rugi dikemudian hari.

Wallahualam. Doalah pada Allah kerana tanpa Allah kita tak kuat , tanpa Allah kita tidak punya apa-apa. Serta, berusahalah untuk mengumpul bekal sebanyak2nya demi sebuah tiket ke syurga kelak.

0 comments: