BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Monday, August 5, 2013

Semangat akan hilang, yang tinggal hanya kefahaman

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,,
Assalamualaikum sahabat2 sesyurga sekalian..
apa khabar? moga2 sentiasa berada dalam keadaan bahagia dan tenang hendaknya.. amin3.
alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menconteng kembali dilaman ini.
ketandusan idea dan masa membuatkan saya tidak menyempat untuk menulis.. hehe (alasan betol)...


tapi tak pe lah,, hemmm,,, hari ni sudah masuk kepada 28 Ramadhan... moga2 dikesempatan yg masih tersisa ini dapat kita manfaatkannya dengan lebih baik.. Tibe- tibe teringat akan nasihat daripada seorang sahabat ini, katanya berdasarkan ilmu yg dipelajarinya ' Celakalah bagi mereka yang melepasi Ramadhan tanpa mendapat keampunan daripada Allah iaitu tiada sebarang peningkatan iman padanya'.. Allah2.. moga iman aku dapat ditingkatkan dan redha Allah dapatku capai. amin.

ok, sebenarnye, saya nak kongsi sesuatu perkara yang mana bagi saya perkara ini amat penting.. (^_^)..
Kalo tak silap , pada minggu kedua berpuasa, saya telah dikurniakan nikmat demam rentetan keracunan makanan. Hehe. Bile diselidik puncanya, akhirnya saya tidak berjaya untuk mengetahui makanan manakah yang telah menyebabkan saya keracunan makanan. Namun, bukan itu yg ingin saya bincangkan, saya ingin berkongsi suasana dan perasaan saya sewaktu demam tu.



Sebenarnya, inilah kali pertama saya mendapat demam dibulan Ramadhan. Allah2, terima kasih ya Allah, bulan tarbiah amat sesuai untuk menghapuskan dosa. Maka, saya menerima demam ini dengan seadanya. Tapi, pada malam itu, badan saya amat panas sehinggakan saya dapat merasakan tangan saya boleh mengeluarkan api.Apapun, alhamdulillah kerana sepanjang seharian saya demam tu, saya dikelilingi oleh sahabat2 saya yang sangat prihatin. Benarlah, sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa berada bersama kita samada diwaktu senang mahupun susah. Mereka membawa pelbagai2 jenis makanan sebagai juadah berbuka untuk saya. Tapi , apakan daya, kesemua makanan yg lazat itu tidak mampu saya jamah kerana nikmat selera itu sudah diambil oleh Allah. Jika saya makan sedikit, maka itulah yang akan saya muntahkan.  Fuhhh... hebat kuasa Allah..



Dalam menghadapi demam ini, tiba-tiba hati kecil saya terdetik. ' Ya Allah, penatnya, kalau macam ni la keadaannya, aku merasa berputus asa untuk meneruskan perjuangan sebagai pendakwahMu'.. Astaghfirullah hal azim.. lintasan hati itu tidak saya layan. Saya khuatir jika saya melayan perasaan itu, saya akan terus membuat keputusan yang melulu. Dalam pada itu, saya terfikir, saya hanya diuji demam oleh Allah, masakan saya sudah boleh berputus asa. Sedangkan, pejuang Allah itu tidak boleh manja. Dan satu perkara yg merisaukan saya ialah, Allah pernah berfirman dalam AlQuran yang bermaksud, Dia boleh mengeluarkan dan memasukkan sesiapa sahaja untuk dijadikan pejuangnya. Jika kaum ini tidak mampu, maka Dia boleh datangkan kaum yang baru yang lebih cinta pada perjuangan ini. Allah2.

saya berasa khuatir juga, kalau2, zahirnya saya seorang pejuang , namun disisiNya saya langsung tidak mempunyai nilai. Oleh itu, saya berdoa agar terus dikuatkan hati dan kefahaman. Kerna, jalan perjuangan ini amat panjang dan bagi mereka yang memasukinya hanya didasari semangat semata-mata, itu semua tidak akan bertahan lama. Namun, jika kerana kefahaman yang mendalam, maka itulah yang akan membawamu menjadi pejuang Allah yang sebenar. Allah.



Benarlah, dalam berjuang ini , kita perlu mengorbankan harta , jiwa dan segalanya semata-mata kerana Allah. Dan saya amat bersyukur menjadi hamba Allah kerana, Allah telah banyak membantu saya dalam memastikan saya sentiasa mendapat kefahaman. Selangkah demi selangkah Allah sentiasa bersama saya dan memberi kefahaman kepada saya. Berdoa lah apapun, pasti akan dimakbulkannya kerna Allah itu Maha Penyayang.

" Jika hati penuh dengan maksiat, maka sucikanlah dengan melihat para solihin "

Akhir kata, zaman kini zaman yang dipenuhi fitnah, umat Islam ibarat buih-buih dilautan, hanya kefahaman agama yang bisa menyelamatkan kita, maka, berusahalah wahai pejuang Allah sekalian, ingat!!! Allah tidak perlukan kita, tapi kitalah yang perlukan Allah. semoga terus teguh dalam perjuangan.. Allahuakbar !!

*cukuplah cintaku hanya untuk Allah semata2 dan semoga aku dan sahabat2 sesyurgaku dikurniakan syahid.. amin

0 comments: