BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Friday, November 23, 2012

Solat awal waktu ye.. (O_O)

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
smoga sntiasa diberikan istiqamah dalam melakukan kebaikan..
smoge diri sntiasa terarah kpd kebaikan.. in shaa Allah

Dalam sebuah hadis, Allah s.w.t menganugerahkan 5 kurnia keatas hamba-hambanya yang menjaga solat :

  1. dipermudahkan rezeki baginya
  2. diselamatkan daripada azab kubur
  3. akan memperoleh buku catatan amalan dari tangan kanannya pada hari hisab kelak
  4. dia akan melintas titian sirat sepantas kilat
  5. akan memasuki syurga tanpa hisab

Manakala, bagi mereka yg suka/gemar melengah-lengahkan solat akan menerima 5 azab didunia, 3 semasa matinya , 3 didalam kubur dan 3 selepas kebangkitannya.. Nauzubillah

Azab didunia :
  1. kehidupannya tidak akan diberkati oleh Allah
  2. wajahnya tidak bercahaya / tiada Nur
  3. tidak akan memperoleh pahala bagi amalan2nya yang baik
  4. doanya tidak dimakbulkan
  5. tidak mendapat bahagian dalam doa2 orang soleh seperti muslimin wa muslimat... ( dia bukan katogeri ini)

Azab semasa hendak mati :
  1. mati dalam keadaan aib
  2. mati dalam keadaan kelaparan
  3. mati dalam keadaan dahaga yg teramat

Azab didalam kubur :
  1. dihimpit didlm kubur sehingga tulang rusuk berceragah (bertemu antara satu sma lain)
  2. api dibakar didalamnya dan dia diguling2 diatas bara itu siang dan malam
  3. ular yg berbisa dgn mata berapi dn berkuku besi dgn panjangnya sama dengan perjlann sebulan, sblum dilepaskan keatasnya (mayat). ular itu akan bertempik seperti guruh bunyinya dn berkata ' Tuhanku telah mmerintahkan aku supaya memukul kamu kerana melengah-lengahkan solat subuh hingga terbit matahari, solat zuhur hingga waktu asar, asar hingga maghrib, maghrib hingga isyak dan isyak hingga fajar, ular itu terus memukulnya hingga hari kiamat, setiap pukulan akan mmbenamkannya hingga 70 hasta.

Azab selepas kebangkitan :
  1. hisabnya keras sekali
  2. Allah murka padanya
  3. dia dicampak kedalam api neraka

menurut satu hadis lagi, dia akn mendapati 3 baris ayat yg tertulis pada dahinya iaitu:
  1. hai kamu yg melengah2kan kewajipan terhadap Allah
  2. hai kamu yg patut menerima kemurkaan Allah
  3. kini sesallah kerana kamu melengah2kan kewajipan kamu terhadap Allah

ulama masyhur sperti Ibnu Hajar, Abu Laits Samarqandi tidak memberitakan sungguhpun beliau tidak dpt mengesan matan dalam kitab asal mengenai hadis ini , namun hadis2 len telah menguatnya dengan memberitakan separuh darinya dalam hadis itu ( menguatkan maksud hadis ini). Melengah2kan solat seperti yg dinyatakan diatas boleh mmbawa seseorang itu kpade kekufuran dan tiada azab pedih len yg setimpal dgn maksiat ini.

namun begitu, usah khuatir, jika kita pernah melakukannya,, ingatlah..
pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah akn sentiasa mengamuni dosa hamba2nya kecuali dosa syirik..

Alhamdulillah.. smoga sedikit perkongsian ini dapat kita ambil pengajaran dan mengamalkannya dlam kehidupan seharian serta disampaikan kpd rakan sahabat yg len.. insyaAllah.

~ Sesungguhnya Allah tidak mengantuk lagi tidak tidur, maka pada sudut mana engkau merasakan tingkahmu tidak diperhatikan, hatta lintasan hatimu sudah diketahuiNya ~

in shaa Allah, sama2 lah kite berusaha untuk melaksanakan solat pada awal waktu dan tidak melengah2kannya.. may Allah bless us.. (^___^)

sumber : Kitab Fadhilat Solat


 

0 comments: