BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Wednesday, December 5, 2012

Ubat Hati Yang Keras

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Persekitaran yg sejuk lagi tenteram dibumi kelahiran kesan percantuman udara dan wap dingin air hujan dipagi hari menjadikan diri ini tenang saja.. ( x perlulah dipanjang2kan tentangya disni).


Cuma hari ni,, ingin sekali membuka seluas2nya mata yang agak kabur tentang rencah kehidupan yg masih galak berjalan tanpa henti.. ada yg semakin hari semakin bertambah amal dalam mendekatkan diri padaNya, tidak kurang pula ada yg semakin hanyut dibuai rasa cinta pada dunia, mengagungkan nafsu..

Ampunilah aku atas kekhilafan dlm perkara ini..

Tatkala dunia sibuk dgn urusan itu dan urusan ini,, masih terdapat satu kelompok kecil iaitu dlm kalangan muda mudi yg masih terumbang ambing mencari makna hidup yg direka sendiri tanpa mengikut garis panduanNya. Walhal golongan inilah harapan bangsa,, dan kekuatan bangsa itu akan jelas terpampang menerusi kekuatan yg dizahirkan oleh golongan muda mudi ini..


Baru semalam aku mendengar kisah beberapa gadis telah menjadi ibu tanpa berkahwin, mencacah nama pasangan pada badan dan sbgainya. Ya Allah, selamatknlah mereka,, smoga hal itu akan menginsafkan mereka serta peliharalah kami dari tergolong dalam golongan itu.


Aku tahu, perkara ini sudah tidak asing dibibir kita, dan bukan lagi suatu perkara baru.. cuma, aku sedikit kesal akan keberlarutan perkara ini dalam hidup kita. Aku tahu setiap pertubuhan turut mengambil berat tentang hal ini.. mengadakan serbuan, kem2 pemantapan iman dan sebagainya..

Namun, aku tetap ingin menulis disini agar kita semua dapat menjaga diri kita daripada perkara ini.. menyebarkan kepada rakan2 baik secara terus atau perlahan-lahan. Ingin diiingatkn, syaitan itu amat licik dan handal sikapnya. Mereka amat sabar dalam menyusun strategi kerana matlamat sudah jelas ditangannya. Permulaannya hanyalah dengan perkara yang remeh-remeh saja. Menggoda kita untuk melakukan perkara yang salah tetapi perlahan-lahan. Seperti kini, dunia semakin maju dgn ICT. Platform ini digunakan dgn sebaik2nya utk melalaikan kita. Ramai remaja kini lebih melayari perkara2 yang tidak berfaedah bahkan ada yg menyumbang kepada dosa..Tapi,, itu x bermakne dielah yg terkuat... no no dan no.. gunakanlah senjata paling mujarab kita iaitu IMAN.. jaga iman di hati ..


Allah,,
punyelah panjang aku punye mukaddimah an..
tapi,, ape yg nak disimpulkan kat cini..
kalo org len je yg usaha lebih, tapi diri sendiri x nak usaha..
means x nak berubah.. so benda tu tetap useless..

maka, marilah kite berbalik pade diri yg mane bermulenya dari penjagaan sekeping hati..

:: Jika ingin menegakkan Islam,, maka binalah ia (Islam) didalam dirimu terlebih dahulu ::


Disini, aku nak kongsi beberape kaedah tuk lembutkn hati yg keras..
dan sume tu mestilah berbalik kepade Pencipta kite..
He's create us, and to Him , we return..


  1. Hadirilah tempat2 ilmu agar dari situ kite akn beroleh pngajaran, peringatan yg dpt mngawal diri kite daripd melakukan kemungkaran.
  2. Sentiasa mengingati mati yg mane merupakan pemutus segala nikmat didunia ni. Bilamana, kite sentiasa mngingati mati, mka diri ini akn sntiase kite jage dari melakukn dose
  3. Menyaksikan orang mati sbb perkare ni dpt cegah kite dari sntiase berade dlm kesenangan yg berpanjnagn. Bahkan beralih arah tuk sentiase mningkatkan amal kebaikan..

in shaa Allah,, moge perkongsian yg x seberape ni dpt di catch up oleh kite.. aku ni hnye insan bese yg masih alpe dan dalam proses tuk perbetulkan diri.. smoge kite seme diberkatiNya.. amin ya Allah

sumber : Jalan menuju kematian & soal jawab dalam kubur ; Abu Muhammad

0 comments: