Salamun alaik.
Ternyata berada di kampung halaman itu sangat menenangkan jiwa berbanding di tempat lain. alhamdulillah. Inilah nikmat yg tidak pernah putus yang sering Allah berikan.
Detik ini, ingin saya kongsikan hasil pembacaan tentng pengurusan diri sebagai seorng ketua kepada sesebuah organisasi dan pengurusan diri sbgai pengikut@pekerja.
Hehe... Skema kan ayat. Tapi, inshaa Allah saya akn ringkaskan. Okay.
Sebagai ketua, bila ade problem melanda dalam organisasi kita dan puncanya adalah disebabkan oleh kecuaian pekerjanya. Maka, disini menuntut kebijaksanaan bagi pihak pemimpin dalam menguruskan emosinya agar tidak menambahkan lagi kerosakan dalam organisasi.
Pertama, cukuplah masalah itu sahaja. Lupakanlah ia kerna semuanya telah berlaku. Sekarang, fokus kita adalah perkara dihadapan kita iaitu pekerja jika kita seorng ketua, anak jika kita seorng ibu, murid jika kita seorng guru.
Kedua, bersikap lemah lembut dengan mereka iaitu menuturkan kata2 yang senang untuk didengar walaupun kita wajar menghamburkan amarah atas kecuaian mereka. Disini, tenangkan hati dan ucaplah kata2 yg tidak menyalahkan mereka apatah lagi jauhilah sindiran.
Ketiga, maafkanlah mereka. Maaf disini ialah memaafkan dengan setulusnya. Ketulusan ini diperkemaskan lagi dengan kita dianjurkan untuk mendoakan bagi pihak mereka agar diampunkan dosa. Permohonan doa ini mestilah dilakukan secara sendirian.
Keempat, mohon pandangan drpd mereka dlm membuat keputusan. Hal ini bertujuan utk membina kembali kepercayaan mereka dan menaikkan kembali semangat mereka utk terus bersama kita. Ya lah, memang normal bagi manusia sperti kita untk melakukan kesalahan.
Kelima, ketahuilah bahawa kejayaan atau kegagalan seseorang itu merupakan ketentuan Allah. Sebagai hambanya, kita haruslah berusaha dengan bersungguh2.
Wallahualam. Sampai disini dahulu. Moga bermanfaat . amin.
0 comments:
Post a Comment