Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Alhamdulillah, hari ni saya nak berkongsi tips untuk membantu kita mendapat khusyuk dalam solat. Antaranya ialah :
- menyempurnakan wudhu' iaitu dengan melakukannya dengan penuh tertib dan tidak membazir dlm penggunaan air. Sebab pembaziran air itu menentukan bagaimana solat kita samada bole mendisiplinkan kita atau tidak.
- menunaikan solat diawal waktu kerna waktu inilah turunnya keberkatan Allah keatas umatnya yang bersegera dalam melaksanakan solat
- rukuk dengan sempurna iaitu melaksanakan setiap rukun solat yg 13 dengan sempurna beserta tomakninah.
- memahami makna bacaan solat. Hal ni berfungsi untuk memberi kefahaman dan zuq kepada diri kita sewaktu beribadat kepada Allah.
- menjaga amalan zikir kepada Allah dari pagi hingga petang. Sebenarnya ia merupakan kayu ukur akan solat kita. Bagaimana solat kita begitulah akhlak kita. Adakah kita akan ingat Allah didalam solat bergantung pd ingatan kita kepada Allah ketika diluar solat
- sentiasa baca Quran sesudah mengerjakan solat. Bukankah membaca Quran merupakan cara lain untuk mengingati Allah... Jadi, inilah cara utk melatih kita mengingati Allah diluar solat. Yg mana akan membantu kita untk mengingati Allah didalam solat.
- perbanyakkan solat sunat samada qobliah, ba'diah, tahajud, qiamulail. Ini semua memberi kekuatan dalaman.
-dakwah kepada org lain (menceritakan kepada org lain tentng kelebihan solat khusyuk, akan memberi rangsangan kepada kita untk mencapai solat khusyuk.)
- berdoa kepada Allah agar dikurniakan solat yg khusyuk ( doa adalah senjata org mukmin dalam semua perkara, maka gunakanlah ia sebaik-baiknya)
-menjaga muamalat iaitu hubungan sesama manusia kerana disinilah berpuncanya penyakit hati.
Wallahualam. Mudah-mudahan amalan kita diterima dan kita sentiasa berusaha kearah redha Allah.
0 comments:
Post a Comment