BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Saturday, July 13, 2013

Syukur :)

Assalamualaikum,,,
Alhamdulillah, dikesempatan yg ada ni, saya nak tulis jugak dekat blog ni.. huhu.. moga3, ade manfaatnya dan masa yg free ni dpt diisi dgn perkara yg bermanfaat.. in shaa Allah..




Alhamdulillah, dgn izinNya, saya dapat berbuka puasa beramai2 dgn keluarga saye tadi.. seronok sangat tapi x de lah nak cakap, sebab malu.. huhu..
mase makan tadi, macam2 ragam dapat lihat, ade yang tak puase tapi nak bukak same2 dengan orang puase , pastu ade yang makan mcm da sebulan tak makan.. huhu.. lawak2.. apapun, itulah adik-adik aku yang masih kecil dan x lame lagi akan besar... (^___^)

Bagi aku , suasana macam ni sukar sangat nak jumpe... dan , mungkin ini adalah kali terakhir aku bukak puase ngan family aku untk tahun ni sebab lepas ni, aku mungkin takkan balik dah, kecuali balik untuk hari raye je.. apapun, terima kasih ya Allah kerana masih mmberi peluang kepada aku untuk bertemu dgn mereka.. Alhamdulillah, rase tenang dan seronok sangat bila berada di rumah sendiri dan berada disamping mereka yg sentiasa dekat dihati.. Alhamdulillah..



Baiklah, kali ni nak kongsi sikit je,, aku just teringat pada kata-kata seorang ustaz aku. Dia cakap kalau nak tau kita ni banyak dosa atau tak, cuba hafal alQuran satu muka. Tengok, banyak mane kita boleh ingat dalam satu masa. Haaa,, cubelah buat,, aku pun nak mencuba jugak,, takot jugak kalo2 tak ingat.. astaghfirullah hal azim.. apapun, semuanya Hanya Allah yg Berkuasa, mohonlah ampun dariNya atas segala kesilapan yg pernah dilakukan... semoga semuanya berada dalam keadaan baik dan terpelihara dari dosa..

~ Dibulan yang penuh kerahmatan ini, aku berharap agar diri aku dan sahabat2 serta keluargaku diberikan taufik dan hidayah dari Allah. Agar dengan itu, menjadilah kami dlm golongan mereka yg mensyukuri nikmatNya dan bebas daripada azab kubur ~ amin3

Islah diri

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua..
Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillah..
akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke rumah kesayangan di Kelantan.. perjalanan yg sebenarnya dirasakan jauh tapi mengambil masa yg sangat singkat.. huhu.. almaklumlah, semua passenger dlm tu adalah orng kelantan.. so, sure2 nak sampai kampung halaman dgn lebih awal... apapun, semua ni tak kan berlaku tanpa keizinan dariNya.. oleh itu, Terima kasih ya Allah..



maka, hari ni dapat la bukak puase dengan family,, huhu.. kite beriftar jamaie sikit deh.. inshaa Allah.
Hemm,, kali ini saye nak kongsi satu perkare je, dan yang mane saye merasakan semua org da tau pasal benda ni, tapi saye tetap nak kongsi jugak untuk dijadikan peringatan kepada saya. Well, actually, kata-kata ni selalu je saye nampak dan bace tapi tak terserap sangat maknanya..

baiklah, dlm menjalani kehidupan ni, kita ataupun sesiapa sahaja tidak akan pernah dapat lari drpd melakukan kesilapan, dan kesilapan itu merupakan suatu kesalahan dan bagi mereka yang tidak mempunyai ilmu akan mudah untuk jatuh ke lembah putus asa. Terkadang, kesalahan itu kita yang lakukan . Dan ini merupakan suatu perkara yang biasa, dan kita akan memperbaiki diri kita , kita akan berusaha untuk menjadi yang terbaik dan meninggalkan kesalahan yg dilakukan.


Namun, berbeza pula , jika org lain yang melakukan kesalahan samada kepada diri mereka ataupun kepada orng lain lebih-lebih lagi kepada kita.. Kita akan secare automatik memikirkan tntg individu itu, kita akan bertanya, 'apa masalah budak tu?', atau ' kenapa budak tu boleh jadi macam tu?'...
haaa,,, nampak tak,, kalau kita biarkan keadaan ini berterusan, masalah yang ingin diperbetulkan tidak akan berjaya. Hal ini kerana , hati itu Allah yang pegang dan hanya Dia yng bole kawal hati itu. Maka, jika kita asyik menyalahkan orang, kita hanya akan mencari fungsi org itu utk menjernihkan keadaan, tetapi,  jika kita pandang pada diri kita, kita akan tahu dan berusaha untuk melaksanakan fungsi yg ada pada kita.. Senang cite, kalo apa2 berlaku, elakkan daripada menuding jari pada org len, tapi, lihatlah pada diri kita.. perbetulkan diri kita, muhasabah diri kita. Maka , dengan cara itu kita akan mnjadi hambaNya yg sentiasa dlm bahagia.. tiada siapa yg akan kita musuhi dan tiada siapa yg akan kita tak berpuas hati... semuanya dilihat dgn pandangan kasih. :)


Alhamdulillah.. hidup dlm bahagia selamanya... bukan sahaja didunia, malah  diakhirat jua.. amin3
~ pandanglah mereka dgn penuh kasih sayang, kerna kita berbeza kemahirannya, bersama mereka yg memahami agama untuk meningkatkan keizzahan Islam di dunia ini, inshaa Allah ~

Thursday, July 11, 2013

Hati-hati cium tangan

Assalamualaikum semua.. smoga berada dlm keadaan yg sihat hendaknye.. inshaa Allah..
dipagi yg penuh berkat ini, dibulan yang penuh maghfirah ini, alhamdulillah kerana kita masih berpeluang untuk melaksanakan ibadah puasa..
oleh kerana, kelas saya terpaksa dibatalkan pada pagi ini, maka, suka bagi saya utuk menconteng sedikit dilaman blog kesayangan ini.. huhu.



inshaa Allah, kali ini saya ingin mengutarakan satu perkara yg penting iaitu mengenai cara kita bersalam..
hemm.. bunyi macam,, tak nampak sangat kepentingannye kan.. tapi, saya ingin memberitahu satu perkara yg amat penting yg mana bagi saya ini merupakan ilmu yg baru iaitu, perasan tak, kalau kita nak salam, kita mesti akan tundukkan badan atau tundukkan kepada...
haa... hati-hati tau, saya bukannya nak kata tindakan ini salah tetapi tindakan ini boleh jadi HARAM jika kita tunduk untuk mencium tangan org yg lebih tua sama seperti keadaanya kita ruku' dalam solat. Hal ini kerana, jika kita tunduk seperti dlm keadaan rukuk , maka ia seolah2 kita sedang menyembah . Sedangkan hanya Allah yg berhak disembah, makhluk tak berhak disembah.


Mungkin kita tak perasan tentang perkara ini, kerana sudah menjadi kebiasaan bagi kita bahkan ianya merupakan satu lambang penghormatan bagi masyarakat kita. Maka, usah risau, kita masih diharuskan untuk mencium dan mesti menghormati org tetapi, kita tetap mesti berhati-hati agar tidak mengundang kemurkaan Allah.. inshaa Allah

ok... inshaa Allah, stakat tu je la dulu kot.. saya pun da nak pegi kemas-kemas barang ni,, almaklumlah nanti nak jalan jauh.. huhu.. moga2 niat saya tuk bukak puasa ngan family tercapai dgn baik.. inshaa Allah
~ dalam hati ada sayang ~

Saturday, July 6, 2013

Cari jalan utk dekat dengan Allah

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
smoga sahabat2 semua berada dalam keadaan sihat dan menjalankan amal ibadat dengan baik..


Alhamdulillah, seminggu baru ni saya mengalami sedikit ujian iaitu sakit mata. Allah2, alhamdulillah, kini semuanya telah kembali pulih dan sembuh.Baiklah, kini saya merasakan diri ini makin berani mencabar kekuasaanNya menerusi perlakuan yang bertentangan dengan perintahNya, Allah2. Jika terus membiarkan diri kosong daripada mengingatiNya, kemaksiatan ini tidak lagi dianggap sebagai satu kesalahan. Namun, Allah itu amat penyayang dan pemurah, berkat rahmatnya dan doa-doa orang yang soleh yang sentiasa mendoakan seluruh muslim untuk mencintai Allah yang maha satu maka diri ini diletakkan dalam kelompok orang-orang yang sentiasa mengingatiNya. Alhamdulillah3.



Hidup jika hanya melihat kesalahan orang lain, kita tidak akan pernah berjaya melihat diri sendiri,
kita tidak akan pernah berupaya untuk menjadikan diri kita dalam golongan mereka yang sempurna.
Bukan fizikal yang menentukan bahagia, bukan lancang berbicara yang menentukan banyakknya ilmu kita, namun cukup dengan akhlak kita dengan al Khaliq.. Allah3..

Pelajarilah dan terimalah ilmu drpd sesiapapun kita ketemu,,
ingat, kita adalah apa yang kita lihat, apa yg kita dengar dan apa yng kita baca,
sebenarnya, saya berasa amat tertarik dengan kupasan kata-kata motivasi yang sering diutarakan oleh para2 ahli motivasi khususnya Dr Muhaya. Alhamdulillah, berkat belas kasihan Allah, saya diberikan kefahaman akan mesej yg hendak disampaikan oleh Dr Muhaya.



dan kini, saya sedang mengaudit diri menerusi kata-katanya. Alhamdulillah, ianya membuatkan saya rasa berpuas hati dan mengetahui bahawa hidup ini hanya untuk Allah semata-mata. Jaga perlakuan diri , maka yg lain akan mengikuti...

- sentiasa berusaha utk membahagiakan org lain dan tanya diri atau reflek pada diri jika berlaku apa2 masalah atau perkara yg menggusarkan diri, Allah itu Maha Dekat, sentiasalah berfikiran baik -

Alhamdulillah, kesimpulannya, berusahalah menjadi hambaNya yang baik dan bahagia didunia dan diakhirat mnerusi fill up diri ini dgn zikirNya.