BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Friday, November 22, 2013

Pakat dengar adik kakok weh... hehe

Assalamualaikum semua..
semoga semuanye berada dalam keadaan tenang sntiasa dan diberikan kesihatan tubuh badan selalu agar dapat melaksanakan amal ibadat dgn smpurna...



Alhamdulillah3,,, saye nak buat sikit pengakuan bahawe saye sangat sangat dan teramatlah sangat suke balik ke kelantan sebab bagi saye kat sini semuanye yang saye nak , saye akan dapat seperti kasih sayang, perlindungan, dan yg paling penting ilmu agama. Bukannye nak kate tempat len x de, tapi mungkin sbb saye lebih selesa disini dan hati saye lebih teruja bila duduk kat sini.. hehe..



Oklah,,, alhamdulillah, pagi tadi Allah telah memilih saye untuk menghadiri satu majlis ilmu yg amat besar fadhilatnya.. walaupun majlis ilmu itu dibuat di sebuah masjid yg dalam proses nak renovate , tapi kunjungan drpd rakyat sekeliling tetap x berubah, masih sama dan bertambah ramai.. alhamdulillah,, sungguh berkat di pagi yng renyai2 hujan ni.. hehe



baiklah, antara intipati yg saye dapat ambil mase ceramah pagi tadi ialah,, ustaz tadi ade menceritakan tntng sirah Rasulullah s.a.w. Iaitu tntang penggantian tempat tidur Rasulullah s.a.w. sewaktu malam penghijrahan oleh Saidina Ali r.a... Hmm,,, pada masa tu, Saidina Ali r.a. tahu yg dia akan berhadapan dengan risiko yg amat tinggi iaitu berkemungkinan besar dia akan dibunuh oleh pembunuh2 upahan yng ingin membunuh Rasulullah s.a.w. Tapi, persoalannye ialah , kenapa pada waktu itu tiada tanda-tanda di riak Saidina Ali yang menunjukkan dia takut... Haaa.. hal ini kerana , Rasululla s.a.w telah memberitahunya untuk tidur di tempat baginda dan kemudiannya mereka nanti akan bertemu di Madinah.. So, kat cini, Saidina Ali yakin bahawa dia akan bertemu Rasulullah s.a.w dan ini bermakna dia tidak akan meninggal dek dibunuh oleh pembunuh upahan itu.. haaa... nampak tak.. bertapa tingginye keyakinan Saidina Ali terhadap kata-kata Rasulullah s.a.w. Begitu juga yg terjadi kepada Saidina Abu Bakar sewaktu menahan tangannya didalam lubang gua sehingga dia dipatuk oleh ular , dengan bertujuan mnghindari ular itu dari mendekati Rasulullah s.a.w. Kenapa Saidina Abu Bakar tidak takut?? kerana Rasulullah s.a.w telah mengatakan bahwa mereka berdua akan ke Madinah.. ini bermakna, walaupun dia dipatuk ular, die tetap akan sampai ke Madinah.. maka... patukan dan gigitan ular yang menyengat itu sedikit pun tidak menggugat keyakinannya kepada Rasulullah s.a.w... Hemm,, nampak tak.. bertapa yakinnya para sahabat ini terhadap segale perkataan yg dituturkan oleh Rasulullah s.a.w,,, jika, kata2 Rasulullah s.a.w diyakininya ,, inikan pula isi kandungan kitab suci al Quran.. Allah2.. Subhanallah.. Muhasabah seketika,, umat islam sekarang seolah2 tidak yakin dengan apa yg diperkatakan oleh Al Quran, apatah lagi pesanan Rasulullah s.a.w. Hudud adalah satu perkara yg telah diberitakan akan pelaksanaannya dan kebaikannya serta kewajipannya dalam al Quran. Namun itu jua ditolak oleh mereka yg mengaku bergelar seorang Islam.. Allah3.. Astaghfirullah hal azim..



Pada pengakhiran ceramah, ustaz ada mengetengahkan 5 perkara dalam pengajaran hijrah Rasulullah s.a.w..

1 . TAQWA
-  Saban minggu pengkhatib sntiasa mengingatkn kita untuk sentiasa bertaqwa,, maka, bertaqwalah kita iaitu takut dan harap kepada Allah,, sentiasalah kita pastikan nilai taqwa kita kepada Allah meningkat atau menapak satu langkah demi satu langkah pada setiap hari, agar dengan itu, menjadilah kita orang yg beriman.. Taqwa ni ialah kita tau apa yg Allah suka dan apa yg Allah x suke,, sbagai contoh , solat tu wajib dan ade lagi perkara yg lebih penting dari solat iaitu majlis agama.. jika ada majlis agama, x yah la kite duk rajin2 nak gi solat sunat kerana fadhilatnya lebih besar pada majlis agama.. tapi berbeza dengan khutbah na...

2. AHSAN
- Orang yang baik.. kite kene ingat,, dalam kalangan orang jahat , terdapat orang yang baik.. maka, jnganlah kite nak hentam semberono je,, macam kite jugak... mesti kite akan cakap kite ni budak baik kan.. maka, kite mesti mmberi nasihat kepada org yang baik dan menjadi kewajipan keatas diri kite untuk menasihati diri kite ke arah kebaikan



3. HASANAH
- Ustaz kata, hasanah ni ada 73 semua. Tapi Allah bagi kat dunia 1 je hasanah, yang selebihnya ada kat akhirat kelak.. begitu juga dengan jemaah .. jemaah yg terdapat didunia ni ada 73 semuanya tapi satu je yg masuk syurga yg len akan masuk neraka .. haa.. sbb tu dalam hidup ni kite kene berjemaah dan x boleh hidup sorang2... dalam hadis dan al quran pun da sebut pasal kewajipan berjemaah.. jika kite duk sorang2, maka amat mudahlah untuk kite binasa, berbeza jika kita hidup berjemaah,, dan dalam berjemaah pula pilihlah jemaah yg menepati cara hidup islam dan tidak melanggar syariat islam.

4. BERPINDAH
- Yang ni plak.. ustaz kata,, kite kalo boleh jangan stick pade satu2 tempat je.. contoh, kalo dalam rumah tu ade banyak bilik.. kite jangan duduk tidur dalam bilik nombor satu je,, pegilah tidur dibilik lain jugak... Kalo bilik nombor satu kite terjaga subuh jam 7 pagi, maka berpindahlah,... mungkin bilik tu da 'keras' sampai kite x boleh nak bangun tahajud.. bagilah kat orang len.. hehe.. maksud kat sini ialah,, kita sntiasa galakkan diri kite untuk sntiasa berhijrah untuk mnjadi lebih baik dalam mnjadi hamba Allah

5. SABAR
- Haa.... last skali ialah sabar.. sabar dalam buat kebaikan dan sabar dalam menahan diri dari melakukan kejahatan/kemaksiatan.. Benda ni banyak main motivasi dan kite kene sntiasa motivasi diri..  pupuk diri buat benda baik ,, x payah banyak,, sikit2 x pe.. asalkan istiqamah.. inshaa Allah..



Alhamdulillah.. sekadar itu saje coretan saya untuk hari ni.. Dan alhamdulillah,, hujan pun x turun lebat sangat dan bole lah sidai kain baju sikit2.. huhu... ok2... selamat beristirehat semua dan smoga anda smua sntiasa dalam rahmatNya.. amin3... :)


0 comments: