Assalamualaikum.
Bagi nak menghilangkan rase mengantuk di waktu petang ni saye ingat nak tulis satu note untuk peringatan bagi diri saya. Almaklumlah, kerja semua da siap dan just tinggal masa untuk balik jek.
Inshaa Allah. Saya teringat pesanan seorang ulama yang terkenal dan baru sahaja meninggal dunia iaitu Tuan Guru Haji Salleh. Pesannya, ade 3 perkara yang kalau kita pegang ni, inshaa Allah kita akan bahagia dunia dan akhirat.
1. Mengenal Allah
2. Mengetahui antara perkara yang baik (memberi manfaat untuk Islam) dan perkara yang tidak baik (merugikan)
3. Menyedari akan kehidupan selepas mati.
Cukup 3 perkara ni kita amal dalam hidup. Nak faham ketiga2 ayat ni, tidak dapat tidak berpergianlah kita mencari ilmu, menadah kitab.
Allahu. Mudah-mudahan, saya dapat memahami ketiga2 perkara ini sebelum ajal menjemput. Mudah-mudahan juga, saya diberi kelembutan hati untuk menghadiri majlis2 ilmu. Inshaa Allah.
Sampai disini sahaja dulu, may Allah bless us..
0 comments:
Post a Comment