Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah. Akhirnya planning untuk menconteng laman blog kesayangan semalam dapat jugak saya tunaikan pada petang yang indah ini.
Alhamdulillah lagi kerana dengan berkat peningkatan umur ini. Saya mulai memahami beberapa perkara yang dahulunya umpama angin lalu bagi saya. Huhuhu. Walaupun tak kesemuanya, but still alhamdulillah.
Alhamdulillah juga sebab Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Pemurah masih meminjamkan nyawa kepada saya dan mengizinkan saya untuk terus menelusuri perjalanan dunia yang sementara ini
Benarlah dengan sesungguhnya bahawa jodoh, rezeki dan ajal itu telah Allah tetapkan ke atas setiap makhluknya. Maha Berkuasa Allah tidak akan mampu dicapai dengan akal logik. Walaupun ditangan saya sudah kekeringan daripada wang (sumber dunia untuk kelangsungan hidup), tetapi Allah masih memberi nikmat kelazatan makanan yang saya rasai. Subhanallah. Nikmat yang tidak terkira dan rezeki yang sudah ditulis oleh Allah.
Begitu juga dengan nikmat keletihan, tekanan , kegelisahan pemikiran. Allah2.. Sangat mewarnai kehidupan ini.
Kopinya...
Terimalah setiap apa yg berlaku dalam hidup kita dengan penuh rileks dan yakin bahawa Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat kita.
0 comments:
Post a Comment