Assalamualaikum wbt...
Pada petang yang berangin laju serta titikan air hujan yang seakan malu. Ditambah pula dengan bunyi dentuman plaka ( kilat ) yang lenggoknya penuh sopan. Sekaligus mematikan bekalan elektrik dirumahku ini cukup membuatkan diri ini berasa seperti ingin bermadah pujangga.
Cuma satu perkara yg ingin saya kongsikan pada petang yang Allah kurniakan ini iaitu selalulah membaca surah yasin diwaktu subuh. Bacalah dan bacalah ia.
Bapa saya berpesan, jika kita mengamalkannya, soal rezeki tidak perlu dikhuatiri. Ia sudah dijamin oleh Allah yang Maha Pemurah.
Allahu. Tatkala coretan ini ditulis, beberapa kali cahaya kilat ditangkap didepan mataku. Allahu. Sesungguhnya ajal maut itu rahsiaNya dan kedatangannya merupakan suatu kejutan yang tersangat tiba-tiba. Maka, apa gunanya lagi harta yang disimpan tidak terusik demi sebuah angan2. Apa gunanya lagi pengubahan kecantikan yang mengharapkan pujaan makhluk.
Astghfirullah hal azim.
Sungguh mati itu akan datang dikala mereka sibuk bekerja mencari nikmat. Sungguh dan sungguh , mereka tidak akan menyangka kedatangan maut itu adalah tiba-tiba. (Surah Al Maun)
0 comments:
Post a Comment