BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Wednesday, March 22, 2017

Appreciate

Salamun alaik.
Cuti yang diisi dgn aktiviti2 sangat bermakna bagi saya. Berbanding cuti yg hanya diisi dgn tidur berjam2 atau berehat semata2. Hee... Mungkn jua kerana diri ni sudah terbiasa beraktiviti setiap hari, jadi agak kekok untk bertukar pasif seketika.
Apapun. Alhamdulillah.

Disini, suka untuk saya ketengahkan fahaman tentng bersyukur. Bersyukur dengan setiap inci nikmat yang telah Allah berikan. Perkara ini amat penting kerana ramai dlm kalangan kita, termasuk saya.. Terkadang condong kearah tidak bersyukur. Akibat terlampau mengimpikan perkara dihadapan yg belum pasti.

Sebagai contoh, mengeluh atau bosan dengan kehidupan yang serba kekurangan dan mendambakan kehidupan yg serba kemewahan. Haaa... Inilah yg bole menjurus kita ke arah kufur nikmat.

Senang ceritanya, setiap apa yg kita miliki sekarang , hendaklah kita syukuri. Hendaklah kita hargai dan manfaatkan ia sepenuhnya. Kerna sudah pasti nikmat itu tidak kekal.

Tapi ,, itulah manusia, mudah lupa untuk bersyukur dan sentiasa merasakan diri dizalimi. Sedangkan dialah yg sedang menzalimi diri sendiri kerana membiarkan tanggapan ini bersarang dalam benak fikiran kita. Allahu.

Sesungguhnya, Allah yg maha pengasih itu tidak pernah menzalimi hambanya, bahkan sentiasa memberikan yg terbaik.

Lastly, I'm inviting all of you to appreciate with what we have now. I mean right now. Neither further nor before.

Sincere appreciation : never miss anything in front of you

Tuesday, March 21, 2017

Peribadi pemimpin

Salamun alaik.
Ternyata berada di kampung halaman itu sangat menenangkan jiwa berbanding di tempat lain. alhamdulillah. Inilah nikmat yg tidak pernah putus yang sering Allah berikan.

Detik ini, ingin saya kongsikan hasil pembacaan tentng pengurusan diri sebagai seorng ketua kepada sesebuah organisasi dan pengurusan diri sbgai pengikut@pekerja.

Hehe... Skema kan ayat. Tapi, inshaa Allah saya akn ringkaskan. Okay.

Sebagai ketua, bila ade problem melanda dalam organisasi kita dan puncanya adalah disebabkan oleh kecuaian pekerjanya. Maka, disini menuntut kebijaksanaan bagi pihak pemimpin dalam menguruskan emosinya agar tidak menambahkan lagi kerosakan dalam organisasi.

Pertama, cukuplah masalah itu sahaja. Lupakanlah ia kerna semuanya telah berlaku. Sekarang, fokus kita adalah perkara dihadapan kita iaitu pekerja jika kita seorng ketua, anak jika kita seorng ibu, murid jika kita seorng guru.

Kedua, bersikap lemah lembut dengan mereka iaitu menuturkan kata2 yang senang untuk didengar walaupun kita wajar menghamburkan amarah atas kecuaian mereka. Disini, tenangkan hati dan ucaplah kata2 yg tidak menyalahkan mereka apatah lagi jauhilah sindiran.

Ketiga, maafkanlah mereka. Maaf disini ialah memaafkan dengan setulusnya. Ketulusan ini diperkemaskan lagi dengan kita dianjurkan untuk mendoakan bagi pihak mereka agar diampunkan dosa. Permohonan doa ini mestilah dilakukan secara sendirian.

Keempat, mohon pandangan drpd mereka dlm membuat keputusan. Hal ini bertujuan utk membina kembali kepercayaan mereka dan menaikkan kembali semangat mereka utk terus bersama kita. Ya lah, memang normal bagi manusia sperti kita untk melakukan kesalahan.

Kelima, ketahuilah bahawa kejayaan atau kegagalan seseorang itu merupakan ketentuan Allah. Sebagai hambanya, kita haruslah berusaha dengan bersungguh2.

Wallahualam. Sampai disini dahulu. Moga bermanfaat . amin.

Monday, March 20, 2017

Tips khusyuk solat

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Alhamdulillah, hari ni saya nak berkongsi tips untuk membantu kita mendapat khusyuk dalam solat. Antaranya ialah :

- menyempurnakan wudhu'  iaitu dengan melakukannya dengan penuh tertib dan tidak membazir dlm penggunaan air. Sebab pembaziran air itu menentukan bagaimana solat kita samada bole mendisiplinkan kita atau tidak.

- menunaikan solat diawal waktu kerna waktu inilah turunnya keberkatan Allah keatas umatnya yang bersegera dalam melaksanakan solat

- rukuk dengan sempurna iaitu melaksanakan setiap rukun solat yg 13 dengan sempurna beserta tomakninah.

- memahami makna bacaan solat. Hal ni berfungsi untuk memberi kefahaman dan zuq kepada diri kita sewaktu beribadat kepada Allah.

- menjaga amalan zikir kepada Allah dari pagi hingga petang. Sebenarnya ia merupakan kayu ukur akan solat kita. Bagaimana solat kita begitulah akhlak kita. Adakah kita akan ingat Allah didalam solat bergantung pd ingatan kita kepada Allah ketika diluar solat

- sentiasa baca Quran sesudah mengerjakan solat. Bukankah membaca Quran merupakan cara lain untuk mengingati Allah... Jadi, inilah cara utk melatih kita mengingati Allah diluar solat. Yg mana akan membantu kita untk mengingati Allah didalam solat.

- perbanyakkan solat sunat samada qobliah, ba'diah, tahajud, qiamulail. Ini semua memberi kekuatan dalaman.

-dakwah kepada org lain (menceritakan kepada org lain tentng kelebihan solat khusyuk, akan memberi rangsangan kepada kita untk mencapai solat khusyuk.)

- berdoa kepada Allah agar dikurniakan solat yg khusyuk ( doa adalah senjata org mukmin dalam semua perkara, maka gunakanlah ia sebaik-baiknya)

-menjaga muamalat iaitu hubungan sesama manusia kerana disinilah berpuncanya penyakit hati.

Wallahualam. Mudah-mudahan amalan kita diterima dan kita sentiasa berusaha kearah redha Allah.

Tuesday, August 9, 2016

Virus

Salamun alaik..
Petang yang semakin melabuhkan tirai
Bermulalah jasad manja ini merehatkan diri
Setelah seharian mengerahkan mental dan fizikal dalam melaksanakan tugasan harian.
Mudah- mudahan sahaja kerja amal yg memberi bnyk manfaat ini diterima Allah.

Detik ini, bising juga dengan isu aplikasi permainan baru yg telah difatwakan haram. Dalam pada itu, masih ada juga yang mengikut gerak hati meneruskan permainan ini. Tak kurang ada yang sanggup menghina. Allahu.

Sungguh, sy bukanlah seorang yg berilmu tinggi. Cuma beberapa perkara yang benar memang perlu dipertahankan. Jika ingin dibuktikan kesan buruknya sudah banyak di paparkan dialam maya...
Cuma saya berasa agak sedih bila virus2 ini seolah-olah mematikan terus pemikiran dan hati dalam membezakan antara yang baik dengan merugikan. Tambahan lagi, kita yang sangat muda dalam ilmu agama begitu lantang mencemuh para ilmuan yang telah diiktiraf serta pantas meluahkan ketidakpuas hatian dilaman sosial.
Astaghfirullah hal azim.

Tidak salah jika ingin meluahkan rasa tapi elakkan daripada terlalu terserlah kecetekan ilmu disitu. Belajarlah untuk menerima setiap perkara dgn berlapang dada.

Sungguh, perkara baik mana yang disukai si nafsu?

Friday, August 5, 2016

Paksa

Assalamualaikum. Salam penghulu sekelian hari. Alhamdulillah, hari ni saya nak kongsikan tentang paksa. Paksa disini merujuk kepada paksa dalam kehidupan.

Bila berbicara tentang kehidupan, ia berkaitan dengan diri kita yang mana pucuk ubinya adalah berasal dari hati.

Kita selalu berdoa kepada Allah agar dikurniakan iman yang mantap, hamba yg soleh dan rajin beribadat. Tanpa kite berusaha untuk mempersiapkan diri untuk menjadi 'hamba idaman' itu.

Oleh itu, disini ingin ditegaskan bahawa 'paksa' itu mesti dihadirkan dalam hati. Paksa diri untuk :
°° solat awal waktu
°° baca Quran setiap hari
°° bangun 30 minit sebelum azan subuh dan solat sunat
°° elak mengumpat
°° tidak mencarut
°° bersangka baik pada semua makhluk
°° berlapang dada menerima teguran

Dan banyak lagi. Dan antara kata-kata semangat bagi kita untuk melaksanakan sume 'paksaan' ni demi mencapai title 'hamba idaman' adalah dengan meletakkan kata-kata , `` AKU TAK MAHU MENJADI ORANG YANG RUGI'' sebagai prinsip hidup.

Inshaa Allah. Bile prinsip bertemu dengan paksa. Prinsip akan menang dan paksa akan kalah. Akhirnya, paksa akan memujuk hati untuk melaksanakan setiap yg diingininya.

Pokoknya, prinsip itu haruslah benar. Itupun jika kita tidak sanggup menjadi hamba yang rugi dikemudian hari.

Wallahualam. Doalah pada Allah kerana tanpa Allah kita tak kuat , tanpa Allah kita tidak punya apa-apa. Serta, berusahalah untuk mengumpul bekal sebanyak2nya demi sebuah tiket ke syurga kelak.

Thursday, July 28, 2016

Tajwid

Salam alaik.
Inshaa Allah. Hari ni, saye nak share satu ilmu tajwid. Dan sebelum ni, agak samar2. Bagi saye. Ni pics die. Mudah-mudahan mike faham la ye.

Btw, ilmu Allah tu amat luas. Dan pelajarilah ia dengan sesungguh-sungguhnya.

Wednesday, July 27, 2016

3 Perkara

Assalamualaikum.

Bagi nak menghilangkan rase mengantuk di waktu petang ni saye ingat nak tulis satu note untuk peringatan bagi diri saya. Almaklumlah, kerja semua da siap dan just tinggal masa untuk balik jek.

Inshaa Allah. Saya teringat pesanan seorang ulama yang terkenal dan baru sahaja meninggal dunia iaitu Tuan Guru Haji Salleh. Pesannya, ade 3 perkara yang kalau kita pegang ni, inshaa Allah kita akan bahagia dunia dan akhirat.

1. Mengenal Allah
2. Mengetahui antara perkara yang baik (memberi manfaat untuk Islam) dan perkara yang tidak baik (merugikan)
3. Menyedari akan kehidupan selepas mati.

Cukup 3 perkara ni kita amal dalam hidup. Nak faham ketiga2 ayat ni, tidak dapat tidak berpergianlah kita mencari ilmu, menadah kitab.

Allahu. Mudah-mudahan, saya dapat memahami ketiga2 perkara ini sebelum ajal menjemput. Mudah-mudahan juga, saya diberi kelembutan hati untuk menghadiri majlis2 ilmu. Inshaa Allah.

Sampai disini sahaja dulu, may Allah bless us..