Bismillahhirrahmanirrahim…
Jika keresahan ,kegelisahan muncul sewaktu kita masih terleka melakukan sesuatu yang mana kita belum pasti adakah kemurkaan Allah sedang menunggu ataupun tidak, Maka ada baiknya jika kita tinggalkan perkara itu…
~tinggalkanlah perkara yang mendatangkan keraguan padamu, insyaAllah tiada kegusaran jiwa~
Allah itu Maha Halus…
Menegur kita dengan cara yang sangat halus…
Adakalanya keresahan yang bertandang dihati itu patut kita syukuri kerana itu adalah tandaNya , Allah masih menyayangi kita dan masih memberi peluang kepada kita untuk memperbetulkan kesilapan yang pernah dilakukan…. dengan menimbulkan ketidaksenangan hati dalam melakukan sesuatu perkara cukup untuk memberitakan bahawa perkara itu salah…
Adakalanya lidah ini sangat lancar menuturkan kata2 perjuangan …
Yang mana,kadang2 tersasar dari tujuan sebenar…
Namun, rahmat Allah itu sangat dekat… masih membantu bagi mengelakkan diri yang hina ini untuk kembali sedar bahawa jasad yang kerdil ini sedang berjuang di atas bumi yang penuh dengan tipu daya syaitan laknatullah…
Astaghfirullah hal azim.. sedarlah… fikir kembali tujuan dijadikan…
Semoga setiap perkara yang disampaikan samada dalam blog ini atau pertuturan seharianku dapatku amalkan sehingga akhir hayatku..
~Ya Allah ,Yang Maha Membolak-balikkan hati ,tetapkanlah hatiku dijalanMu…
Bantulah hambaMu yang lemah ini untuk terus istiqamah dalam setiap amalan..
Serta jauhilah aku daripada termakan pujuk rayu iblis laknatullah… Amin~
Friday, June 17, 2011
Posted by Hamba Allah at 3:43 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment