BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Friday, June 10, 2011

Bunga oh bunga.....


Bismillahhirrahmanirrahim....
hari ni.. hatiku rasa sangat tertarik pada satu jenis makhluk ciptaan Allah yang sangat2 comel ni... ha... agak2 ape ye?? huhu... main teka-teka lak..hehe
baiklah.... makhluk ciptaan Allah yg telah berjaya menarik perhatianku pada pagi yang indah ini ialah BUNGA.....
Aku sangat percaya bahawa kita semua mesti mmpunyai rasa minat atau gemar terhadap bunga... x kisah la bunga 2 macam mane.... bunga hidup ke... bunga kertas ke.... tapi yang penting bunga...
Hem... bila berbicara tentang bunga... perkara pertama yg akan bermain dikepala kita ialah sesuatu yang cantik,, comel,, wangi,,, dan macam2 lagi lah yang melambangkan kecomelannya...huhu... Subhanallah ,,, indah sungguh ciptaanNya..
Sahabat2 sekalian... kita semua mesti tahu kan... kalau bunga 2 melambangkan perempuan... manakala...lelaki biasanya dikaitkan dengan kumbang... hem... comel jugak perumpamaan ini... tapi... hari ni,, kita nak bercakap pasal bunga....
BUNGA...BUNGA...BUNGA.... COMELNYEEE...
Bunga ada banyak jenis... ada bunga mawar..bunga ros.. bunga kertas... bunga raflessia (betul entah aku eja ni)...bunga tahi ayam,,,bunga kekwa,,,bunga orkid...huhhh...kalau nak ditulis.. confirm penuh la blog aku ni...huhu.. apapun... sebagaimana yg kita ketahui setiap bunga ni ada lambang2 nye ...cntoh paling mudah... bunga raya melambangkan bunga negara,,, bunga seri pagi melambangkan makanan paling sedap,,,dan banyak lagi lah....
kawan2... sebagai seorang wanita yg bergelar muslimah.. agak2 bunga apalah yang menjadi penanda diri untuk kita ni... hemm... mesti kite nak jadi bunga mawar yang berduri kan....ya... x payah nak disangkal lagi.. sebab ape??.. itulah fitrah manusia yang sentiasa ingin menjadi yang terbaik dan terjaga..lebih2 lagi kita sebagai seorang wanita..emmmm...bunga mawar berduri,, apa yang kita tau,,bunga ni sangat cantik dan wangi...tetapi ada banyak sangat duri sehingga boleh terluka jari bagi sesiapa yang tidak berhati2 ketika memetiknya...
Berdasarkan ciri2 ini,,, amatlah bersesuaian dengan sifat sebenar yang seharusnya ditonjolkan oleh seorang wanita yang bergelar muslim..hamba kepada Allah s.w.t ,,, " sangat cantik ,tapi susah untuk dipegang"... ayat yang sangat bermakna dan sepatutnya menjadi prinsip bagi sekalian wanita...moh kite huraikan lagi ayat yang sangat tersirat ni...
cantik itu tidak smestinya pada luaran.. janganlah kita beranggapan bahawa dengan mmbuka aurat..menayangkan rambut ( mahkota wanita) ,memakai pakaian yang ketat lagi seksi kepada mereka yang tiada hak untuk melihatnya adalah sebagai tanda usaha kita untuk menyerlahkan kecantikan, menunjukkan mawar sebenarnya dan sebagainya ..x ..itu salah sebenarnya,malah mengundang kemurkaan Allah s.w.t... kerana kecantikan yang sedia ada itu hanya 50 % sahaja..manakala yang 50% lagi adalah kecantikan dalaman.. seperti perckapan,,,pergaulan, akhlak dan sebagainya...
"oohhh... jadi kena cakap lelembut la ni??? hatta dengan lelaki?? nak jaga percakapan la katakan"...
TIDAK sebenarnya,, bahkan kita sudah sedia maklum bahawa kita tidak boleh melemahlembutkan suara dengan sengaja dihadapan lelaki yang bukan muhrim..kerana apa??itu adlah dosa & lelaki itu.. banyak nafsunya.. dan sebagai perempuan yg baik kita perlu berusaha sekeras2nya agar tidak melalaikan mereka.. memangla nampak kurang ajar jika kita bercakap dengan mereka dengan bahasa kasar... tetapi lemah lembut itu perlu pada tempatnya..contohnya pada bapa,suami, sewak2 dlam urusan kerja, .sebar dakwah dan sebagainya...saya sangat percaya bahawa kalian semua pasti sudah mengetahui akan hal ini bahkan lebih arif dari saya..maka, x perlulah saya terangkan lagi nanti boring lak..huhu

Seelok2nya kita perlulah berusaha menjadi seorang wanita muslimah yang solehah dan sentiasa berusaha untuk memajukan anak bangsa mengikut panduan syariat yang telah ditetapkan..
seorang muslimah yang sangat akur pada perintah Allah dan sangat sukar untuk dijatuhkan lagi tergoda dengan permainan  syaitan di dunia ini... itulah sebenar-benar bunga mawar yang berduri... "sentiasa berusaha menempatkan Allah sebagai pemegang takhta kekasih dihatinya" insyaAllah
hem... senda gurau sikit...

kalau saya... saya nak jadi bunga tasbih (nama bunga dlm bahasa saya) ..ala bunga yang orang selalu bawak pegi solat 2... bunga 2 bukan sahaja wangi malah bunga 2 paling special sebab bunga jenis ni je yg orng bawak tuk solat , bunga ni mmpu memberi ketenangan kepada penggunanya malah kadang2 mmpu mmberi semngat & keinsafan... emmm,,, kalau nak kenal bunga ni.. biasanya dibawak oleh makcik2 sewaktu solat dan jarang2 dlm kalangan cik2...
Astaghfirullah hal azim... smoga apa yang disampaikan kali ini tidak tersasar dari matlamat sebenar iaitu untuk menyebarkan dakwah  Islamiyyah...insyaAllah... Assalamualaikum..^_^


0 comments: