Bismillahhirrahmanirrahim....
Daripada Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Allah s.w.t berfirman,"Barangsiapa memusuhi waliKu, maka Aku mengumumkan perang terhadapnya.Tidaklah hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Aku cintai dari apa-apa yang Aku wajibkan kepadanya,dan hambaKu itu tetap mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah hingga Aku mencintainya. Bila Aku mencintainya,Aku akan menjadi pendengarannya yang digunakan untuk mendengar, menjadi penglihatannya yang digunakan untuk melihat, menjadi tangannya yang digunakan untuk menggenggam dan menjadi kakinya untuk berjalan.Jika ia meminta pasti Aku beri dan jika ia meminta perlindungan nescaya Aku lindungi.."
(Hadis riwayat Bukhari)
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.........
Teman2 sekalian... cuba bertanya pada diri, adakah aku mencintai Allah???
berjuta kali persoalan itu muncul dalam benakku..aku terasa diri ini sangat jahil...
Dia telah memberikan segala-galanya padaku... kehidupan, jasad , keluarga, ibubapa, kesenangan dan banyak lagi nikmat yang telah diberikan pada aku serta kita semua...
Tapi... apa yang telah kita berikan padaNya...
baca quran sikit...dah malas...mulalah kemukakan pelbagai alasan.... x de suara la..
solat sunat sikit...dah membebel lenguh sana,lenguh sini..
tolong mak buat keje rumah...dah merungut...ingat aku ni ape..
Sahabat.... ingatlah..
setiap apa yg kita lakukan langsung tidak mendatangkan kelebihan atau kekurangan pada Allah..malah jika kita berbuat kebaikan pun,,,langsung tidak menguntungkan Allah.. senang citer camni la.. dalam hidup ni.. Allah langsung TIDAK memerlukan kita..malah kitalah yg amat MEMERLUKANNYA...
Maka,,, kawan2 ...se'koya' mana kita?? sebesar mana kita?? sekuat mana kita??? nak 'over' atas bumi ni?? sejauh2 mana kita pergi...berjalan... ketanah jua kita kembali... kepada Allah jua kita akan akur... oleh itu.. masa yg ada ni..gunakanlah pada haqnya.... jangan disiakan... kelak akan merana jua..
sambungan dari post yg baru ni,,, insyaAllah sma2 lah kita merebut pangkat penghuni syurga yg kekal abadi dengan mengikut tips2 ini...:
7.Menyebarkan salam
"kalian tidak akan masuk syurga sehingga beriman, dan tidaklah kalian beriman(sempurna) sehingga berkasih sayang.Mahukah aku tunjukkan suatu amalan yg jika kalian lakukan akan menumbuhkan kasih sayang diantara kalian?.. sebarkanlah salam"...hadis riwayat Muslim.
8. Mencintai kerana Allah
"ssunguhnya Allah Ta'ala akan berfrman pada hari qiamat :"Dimanakah orang2 yg mencintai kerana keagunganKu? Hari ini akan aku naunginya dengan naunganKu,pada hari yg tiada naungan selain naunganKu" (hadis riwayat Muslim)
9. Menutup aib orang lain
"Tidaklah seorang hamba menutup aib hamba yg lain didunia ini kecuali Allah akan menutupinya diakhirat kelak"......(hadis riwayat Muslim)
10. menjaga lidah & kemaluan
"siapa yg menjamin bagiku "sesuatu" antara dua dagunya dan dua selangkangnya, maka aku jamin baginya Syurga "...(hadis riwayat Bukhari dan Muslim")...
InsyaAllah... smoga sedikit sebanyak tips yg dikongsikan dpt kita amalkan dan sampaikan pada umat manusia dalam usaha menjadi insan yang diredhaiNya,,,,insyaAllah..
mohon maaf diatas segala kekurangn dalam olahan penyampaian semoga aku dijauhkan drpd menjadi fitnah kepada agama..Nauzubillahhi min zalik
0 comments:
Post a Comment