Bismillahhirrahmanirrahim...
Alhamdulillah.. seketika saya teringat pepatah orang putih ade berbunyi seperti ini.."sharing is caring"...
Hem.. so.. sejauh mane sebenarnye kite memahami idioms ini?
Dalam Islam, perkara ini sangatlah dianjurkan lebih2 lagi bagi mereka yang sangat memahami tujuan serta matlamat hidup yang sebenarnye...InsyaAllah semoga kita sama2 tergolong dalam golongan ini...
Maka , sukalah kiranya bagi saya untuk sharing serba sedikit perkara atau maklumat kepada sahabat2 sekalian mengenai kata-kata hikmah Imam Syafie...
Antaranya ialah:
$ pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada pendapat seorang muda (ini kerana mereka lebih dahulu mendapatkan ilmu serta banyak pengalaman berbanding yg muda)
$ menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran kerana sikap ini adalah tidak adil
$ kebesaran seseorang itu adlah bergantung pada kalbunya yang mana adalah sekeping hati ( hati merupakan raja, jika baik raja itu, maka baiklah keseluruhannya)
$ mereka yang bersikap pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin ( hal ini kerana wujudnya sikap sentiasa mensykuri nikmat Allah)
$ jagalah ibubapa kamu,nescaya anak-anakmu akan menjagamu ( buat baik dibalas baik)
$ Bakhil terhadap apa yg ditangan adalah tidak mmpunyai kepercayaan terhadap Allah.. ( kerana takut habis... terlalu cintakan dunia)
InsyaAllah serba sedikit kata bidalan ini dapat kita jadikan panduan dalam kehidupan seharian kita dalam usaha mencari keredhaan Allah dan kebahagiaan hidup yang abadi...
* jika kamu benar2 mencintai Allah, Rasulullah s.a.w, Islam... maka tidak ada alasan yg patut muncul dalam usaha meraihnya kerana ia merupakan suatu perjalanan yg memerlukan banyak pengorbanan ... jngn sesekali berputus asa.. mohonlah bantuan dariNya*
Monday, June 27, 2011
kata-kata hikmah Imam Syafie
Posted by Hamba Allah at 6:04 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment