BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Monday, June 13, 2011

Solat Dhuha...


Bismillahirrahmanirrahim...
 Alhamdulillah, dapat jugak saya menjengah seketika dekat blog ni selepas semua kerja rumah dibereskan... lega rasenye...huhu... hem.. sebelum terlupa saya sangat berharap agar sahabat2 sekalian sentiasa berada dlm keadaan sihat sejahtera dan sentiasa berbahagia berada dibawah lembayung rahmatNya..
 Ermmm... hari ni, saya nak kongsi beberapa hadis pasal solat dhuha yang telah saya baca semalam dan saya nak share dengan kawan2 saya akan ilmu yang saya dapat kali ni...huhu
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Kekasihku - yakni Nabi Muhammad s.a.w. telah memberikan wasiat padaku untuk melakukan puasa sebanyak tiga hari dalam setiap bulan, juga dua rakaat sunnah Dhuha dan supaya saya bersembahyang witir dulu sebelum tidur." (Muttafaq'alaih)  Melakukan shalat witir sebelum tidur itu hanyalah disunnahkan bagi seseorang yang tidak mempercayai dirinya akan dapat bangun pada akhir malam. Tetapi sekiranya dapat mempercayai dirinya,Maka pada akhir malam adalah lebih utama lagi.

Dari Abu Zar r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Setiap ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu harus ada sedekahnya pada saban pagi harinya, maka setiap sekali tasbih - bacaan Subhanallah - adalah sedekah, setiap sekali tahmid - bacaan Alhamdulillah - adalah sedekah, setiap sekali tahlil - bacaan La ilaha ilallah - adalah sedekah, setiap sekali takbir - bacaan Allahu Akbar - adalah sedekah, memerintahkan kepada kebaikan adalah sedekah, melarang dari kemunkaran adalah sedekah dan yang sedemikian itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang dari shalat Dhuha." (Riwayat Muslim)
Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahkan dari jumlah itu sekehendak hatinya." (Riwayat Muslim)
Dari Ummu Hani' iaitu Fakhitah binti Abu Thalib radhiallahu 'anha, katanya: "Saya pergi ke tempat Rasulullah s.a.w. pada hari pembebasan - kota Makkah, lalu saya temui beliau s.a.w. sedang mandi. Setelah selesai beliau s.a.w. mandi, lalu bersembahyang sebanyak lapan rakaat. Itulah shalat Dhuha." (Muttafaq 'alaih)

Ini adalah yang diringkaskan dari lafaznya salah satu dari beberapa riwayat Muslim.
Sahabat2 sekalian.. Alangkah bagusnya baginda Rasulullah s.a.w ,, maka sukalah kiranya jika kita turut mengikut jejak langkah baginda jika ingin membuktikan kecintaan kita terhadap baginda...hemmm,,,,  sebagaimana yang kita ketahui setiap solat sunat yang dikerjakan hatta amal ibadat harian yang lain  mempunyai  banyak kelebihannya... InsyaAllah .. info yang diposkan kali ini dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita semua untuk mendekatkan diri lagi kepadaNya.

0 comments: