BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Saturday, June 25, 2011

Just realise friends...

Bismillahhirrahmannirrahim…
Alhamdulillah, hari ni saya nak kongsikan beberapa kisah atau mungkin tazkirah kepada sahabat sekalian yang telah berjaya saya kutip dari sebuah buku yang bertajuk “ Cinta Dan Rindu Kepada Allah”….

Emmm… dunia sekarang ni macam da biasa bile sebut couple, pelacur, tinggal solat., tak tutup aurat, bunuh, dan macam2 lagi lah..sebab apelah agaknye benda ni terjadi.. sebabnya TERLAMPAU CINTAKAN DUNIA….

Untuk membolehkan kita sampai ke matlamat yang sebenar iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat , kita mestilah melihat dunia dengan pandangan yang betul iaitu dengan bersikap zuhud…

Dunia ni, menipu kite dalam pelbagai cara yang mana kadang-kadang kite sendiri x menyedarinya… antaranya ialah:

1. ia berpura-pura bersama kita padahal ia sebenarnya secara diam-diam meninggalkan kita.. contohnya ape.. kite lihat sendiri,, kenapa kita sangat sukar untuk menuturkan kata-kata ‘aku bertaubat padaMu Ya Allah’ selepas solat dengan penuh keinsafan diiringi dengan titisan airmata ataupun apabila membaca ayat-ayat suci Al quran, lantas hati kita berdebar kegerunan membayangkan seksaan2 yang disediakan oleh Allah kepada hambaNya yg ingkar…. Ha..ini jelas menunjukkan bahawa mereka mmikirkan bahawa hidup masih lama.. so,, nanti2 la… lastnyer… mati dalam keadaan yg x sempat nk bertaubat… Nauzubillah …

Nabi Isa a.s. melihat dunia ini seperti bentuk nenek kebaya tua yang buruk.Baginda bertanya kepada dunia itu berapakah suami yang ia ada. Dunia itu menjawab suaminya tidak terkira banyaknya. Baginda bertanya lagi, adakah suaminya itu telah mati atau telah diceraikan. Katanya, semuanya telah dibunuh olehnya.Nabi Isa a.s. berkata:
“Aku hairan kenapa manusia bodoh, telah melihat bagaimana anda melakukan kekejaman itu namun masih juga mereka suka dan cinta kepada anda”
Nenek kebaya yg jahat ini memakai pakaian yg indah2 dan menutup mukanya. Kemudian ia pergi menggoda manusia. Banyaklah manusia yang tergoda dan tertipu dan dibinasakannya. Nabi s.a.w pernah bersabda bahawa di hari kiamat kelak,dunia akan berupa bentuk ahli sihir, matanya hijau dan giginya tertonjol keluar. Orang yg melihatnya akan mengatakan..
‘kasihanilah kami!Siapakah ini?’
Malaikat akan menjawab.’Inilah dunia yang kamu perbuat dan pertengkarkan,yang kamu bunuh- membunuh dan sembelih-menyembelih antara satu sama lain’
Kemudian dia akan dilemparkan ke Neraka dan disitulah ia akan menjerit: “Oh Tuhan!!! Di manakah mereka yg mencintai aku dahulu”..Kemudian Allah perintahkan mereka itu dilemparkan juga kedalam Neraka yang amat mengerikan itu…
Astaghfirullah hal Azim… sangat lalai rupenye manusia ni… memuja sesuatu perkara hnya semata2 untuk memenuhi kehendak hawa nafsu tanpa memikirkan kesan dan akibatnya…
Kawan2 sekalian… suka kirenye ingin saya utarakan beberapa pandangan saya berkenaan hal ini…
Terkadang ia datang dengan tibe2 tanpa kite sedari dan pergi juga dengan tibe2… namun ia pergi dengan meninggalkan kite dalam keadaan yg penuh penderitaan…
Maaf jika saya tersalah bicara, namun apa yg perlu kite pegang dalam hidup ini ialah kita adalah khalifah!! Bile sebut perkataan 2, laksanakanlah kehidupan sebagai seorang khalifah… ingat setiap inci jasad kita akan diminta pertanggungjawaban…. Smaada kita boleh terima atau tidak itu terserah pada diri masing2.. because its your choice.. I’m standing here just want to give some help or may be a little spirit… here, the main point that I want to stress are, just remember, there’s nothing here,,don’t do anything which can destroy yourself & please remember.. THERE’S NOTHING THAT YOU CAN GET IF YOU LET YOUR LOVE TO PEOPLE OR SOMETHING ELSE EXCEPT ALLAH.., just get back to your site and do the things that you should do to get the Heaven forever…
Please… the triumph will come soon.. just wait…
“Life is nothing without love towards Allah”

0 comments: