BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sesungguhnya segala yang baik itu adalah dari Allah...
& yang kurang itu adalah kelemahan diriku...

.::KERANA,,INILAH USAHAKU UNTUK AGAMAMU YA ALLAH...::

Friday, June 17, 2011

i love my parents & family...(^_^)

Bismillahhirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,, hidup ini memang xkn sunyi dari ujian...
Terima kasih ,Ya Allah kerana masih memberi hidayah kepadaku untuk sedar bahawa dunia itu hanya sementara dan tiada yang kekal...
Emmm... hari ni, aku akan meninggalkan family kesayangnku untuk meneruskan perjuanganku dalam menuntut ilmu...

Hem,, sayu rasenye dihati untuk meninggalkan mereka...
Segala kenangan pahit manis tidak akan kulupakan ...
Syukur kepada Allah kerana mengurniakan aku ibubapa yang sangat penyayang dan bertanggungjawab terhdp keluarganya.. sentiasa berusaha memberi didikan yg sempurna kepada anak2 mereka..

Teringat seketika pesanan abah..." Alquran tu, jgn ditinggalkan,, walaupun kita terlampau sibuk.. bacalah...walaupun sepotong ayat"...InsyaAllah, abah.. pesananmu itu akan terus kujadikan prinsip hidup...

semoga aku dapat menjadi anak yang solehah yang sentiasa menggembirakan hati permata hatiku itu...
tidak mudah lupa akan pengorbanan mereka ... i luv u, umi & abah..
Syukur yg tidak terhingga kepadaMu Ya Allah kerana masih mmberiku peluang untuk menatap wajah jernih mereka berdua...

"Ya Allah ,ampunilah segala dosa mereka samada yg mereka sengajakan ataupun tidak, permudahkanlah segala urusan mereka dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ibubapa yg mithali, jauhkanlah mereka drpd azab kubur dan dari api neraka serta kurniakanlah mereka ketenangan hati dan kedamaian jiwa.. Ya Allah, peliharalah mereka sepanjang pemergiannku.. panjangkanlah umur mereka, agar aku masih berpeluang menatap jantung hatiku itu...Amin2"

Hargailah ibubapa anda selagi mana darah mengalir dalam jasad anda...
~sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa~
Kucuplah tangan mereka dan mohon ampunlah dari mereka...

0 comments: